PAS Cawangan Taman Dahlia, Kawasan Pulai, Johor, telah mengadakan mesyuarat khas pada 20/3/2009 di markaznya jam 10 malam.
Mesyuarat bincang cadangan Abdul Nasim bin Abdul Salam, Ketua Lajnah Ekonomi Cawangan, projek menjual bawang besar untuk ekonomi Cawangan.
Hadir mesyuarat tersebut ialah:
1. Mohd. Noh Hj. Ibrahim (Pengerusi),
2. Abd. Rasyid Paino (Setiausaha),
3. Abdul Nasim bin Abdul Salam (Ketua Lajnah Ekonomi),
4. Hj. Atan Ahmad (Ketua Penerang),
5. Sultan Syed Ibrahim bin Hawaja Mohaideen, dan
6. Ustaz Ramli Awang (Ketua Lajnah Tarbiyah, Latihan Kepimpinan & Unit Amal)
Difahamkan buat permulaan 7 atau 8 bag bawang sehari akan diedar ke kedai-kadai di sekitar bandar Johor Bahru sehingga ke 200 - 300 bag sehari.
Mesyuarat bersetuju:
(a) Harga beli RM7.00/bag,
(b) Harga jual RM8.50/bag,
(c) Cadangan ditubuhkan syarikat seperti salah satu nama di bawah ini:
(i) Al-Qamar,
(ii) Al-Buruj, atau
(iii) Ubudiah.
(d) Penama borang C syarikat:
(i) Mohd. Noh Hj. Ibrahim (Ketua Cawangan),
(ii) Abd. Rasyid Paino (Setiausaha), dan
(iii) Abdul Nasim Abdul Salam (Ketua Lajnah Penerangan).
(e) Kos perniagaan satu hari:
(i) bawang 200 bag x RM7,00.00 - RM1,400.00
(ii) Pengangkutan - RM 50.00
(iii) Gaji pekerja - RM 50.00
Jumlah kos satu hari - RM1,500.00
(f) Kos tetap:
(i) Tubuh syarikat - RM 100.00
(ii) Citak bil - RM 110.00
(iii) Buku ledger - RM 20.00
(iv) Alatulis - RM 50.00
(v) Deposit Bank Islam - RM1,000.00
Jumlah kos tetap - RM1,280.00
Tindakan hari Rabu 24/3/2009 adalah:
(a) Pergi ke SSM
(b) Buat cop syarikat
(c) Buka akuan semasa di Bank Islam di BBU
(d) Bayar deposit RM1000.00
(e) Tandatangan cek seorang dan salah seorang dari dua yang baki.
Mesyuarat tangguh 12.00 tengah malam dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-asr.
No comments:
Post a Comment