Saturday, June 6, 2009

Kembali ke rahmatul Allah

Mohamed bin Shampo, Wak Daeng, 73 tahun meninggal dunia Ahad, 7hb Jun, 2009, jam 9.40 pagi. Sembahyang mayat di Mesjid Ar-Rahman, Taman Dahlia, Johor Bahru.
Saya tumpang Myvi Yusof bersama wak Jamil dan Hj. Abdullah Hassan.

Berjumpa di tanah perkuburan Bukit Alif, Tampoi, antaranya Rosli, Anuar Aris, Hamdan Jelani, Paklong Ayub, Syed Mustaffa, dan ramai keluarga Pak Daeng lelaki dan perempuan.

Dia meninggal di rumahnya di Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bahru.

Sebab kematian ialah sakit gout yang dihidapnya beberapa tahun di kedua lututnya. Allah yarham tidak mahu rawat di hospital.

Allah yarham Pak Daeng mati tanpa selesai penjualan 3 ekar tanah pusakan orang tuaya di Tanjong Pelepas, Gelang Patah, Johor. Beliau ialah pemegang kuasa bagi dua adik beradiknya. Awal-awal tanah itu ditawarkan RM 1 juta. Ada pembeli yang berminat. Apabila ekonomi merudum bakal pembeli hilang minat dan berhenti berurusan. Masaalah bertambah apabila anak-anak si mati bertelagah sesama sendiri.

Sakit gout tanpa rawatan munkin keracunan dan menyerang organ-organnya yang lain.
Allah yarham Pak Daeng sangat berjasa kepada PAS Cawangan Taman Dahlia, Pulai, Johor. Beliau walau pun berketurunan di Raja Bugis, tabah tinggal seharian di markaz Cawangan menjual akhbar Harakah waktu akhbar itu di sekat pihak berkuasa beberapa tahun dahulu. Beliau dihormati penduduk kampong ahli Pas dan Umno.
Kematian Mohamed bin Shampo (Wak Daeng) merupakan kehilangan seorang pejuang PAS Cawangan Taman Dahlia, Kawasan Pulai, Johor. Moga-moga Allah S.W.T. cucuri rahmat ke atas rohnya di alam barzah dan akhirat hendaknya.

No comments: