Thursday, June 11, 2009

Ust Muslim - Jamuan Kemesraan

Sudah banyak kali Ustaz Muslim Che Yusoff mengadakan majlis jamuan mesra kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dengan aktiviti sebegini hubungan silatul rahim sentiasa terjalin antara ahli-ahli keluarga.
Pada Khamis 11 Jun 2009 di Wakaf Baru, Kelantan, di rumahnya Ustaz Muslim telah mengadakan lagi majlis seperti ini.
Ustaz Muslim, adik ipar saya, baik hati suka memberi jamuan kiranya kami balik ke Kelantan.
Ramai yang dijemputnya tengah hari itu: Fauziah (isteri ku), Ustaz Juhdi (adiknya), ayah (Che Yusoff bin Awang), Hurumy, Fadli.
Antara sahabatnya ialah Ustaz Mansor bin Yahya (H/P 019 9394993), Ketua Urusan Ulamat PAS Kawasan Bacok yang sanggup datang ke Johor Bahru memberi kuliah agama.
Masing-masing bawa isteri dan anak-anak. Sangatlah meriah majlis itu.
Hidangan yang banyak disediakan ialah nasi kerabu, nasi dagang, satay, ayam, daging bakar dan goreng, kuih-kuih dan beberapa jenis minuman.
Saya sekeluarga bersyukur kepada Allah S.W.T dan terima kasih kepada Ustaz Muslim menjemput kami dan berdoa agar beliau sejahtera dan murah rezeki.

No comments: