Thursday, October 3, 2013

GadgetsMB: Lonely Seats - Anti-Social Cafeteria Tables

GadgetsMB: Lonely Seats - Anti-Social Cafeteria Tables:
Lonely Seats - Anti-Social Cafeteria Tables At the request of students who wanted to avoid lunchtime socializing, Japanese universities.

In fact this is actual teaching in Islam. I remember years ago a Japanese Professor told us 'Japan was complete except for one thing. That missing thing is 'Islam'.

That's why harikiri still practised in Japan'. Kelantan State under PAS rule separates supermarket counters between male and female customers.

Thursday, February 7, 2013

.: HINANYA WANITA DI MATA MU - PART 1

.: HINANYA WANITA DI MATA MU - PART 1: Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah tel...

Wednesday, January 16, 2013

Negara Berkebajikan Teras Perpaduan

Allah berfirman: وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. al-Anbiya': 107).

Perpaduan umat menjadi cabaran terkini di seluruh dunia, di negara masing-masing atau di peringkat antara negara dan bangsa. Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang disselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita. Perpaduan dan ahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam, sebagai risalah akhir zaman oleh Rasulullah s.a.w. yang berbeza dengan para rasul sebelumnya.

(Presiden PAS - Muktamar Tahunan Ke-58, 16-18 Nov 2012).

Tuesday, January 1, 2013

MAKAN NANGKA YANG LAIN KENA GETAH - HARAM



قالوه ياأيها العزيز أن له أبا شيخا كبيرا فخذ أحدنا مكانه إنا نراك من المحسنين. قال معاذ الله أن نأخذ إلا من وجدنا متاعنا عنده إنا إذا لظالمون . (سورة يوسف 12 : 78-79) .

Terjemahan: Mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata, “Wahai yang Mulia, sesungguhnya adik kami ini mempunyai ayah yang sudah lanjut usia. Oleh itu, ambillah salah saorang di antara kami sebagai gantinya. Sesungguhnya kami melihat kamu termasuk orang-orang yang berbuat baik.” Berkata Yusuf, “Aku mohon perlindungan Allah kerana menahan seseorang (yang tidak bersalah), melainkan orang yang kami temukan harta benda kami padanya. Jika kami berbuat demikian maka benar-benarlah kami orang-orang yang zalim.” (Yusuf 12: 78-79).

Kita tidak boleh menghukum seseorang atas kesalahan yang diperbuat oleh orang lain. Contohnya, jika seorang anak melakukan kesalahan, adakah wajar kita menghukum ayahnya, abangnya atau adiknya? Tentu tidak.

Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (gabenor Iraq yang bengis) pada masa pemerintahannya pernah memenjarakan sebahagian orang yang tidak bersalah. Mereka ditangkap kerana pesalah sebenar tidak berjaya ditangkap maka diperintahkanlah untuk menangkap saudara mara kepada pejenayah sebenar. Semasa seorang tahanan yang tidak bersalah itu dihadapkan kepada Hajjaj maka dia pun bertanya apakah gerangan kesalahannya. Hajjaj berkata, “Kamu ditangkap kerana perbuatan jenayah salah seorang ahli keluargamu. Tidakkah kamu tahu bahawa seorang penyair pernah berkata:

"Kepala keluarga boleh diambil atas dosa keluarganya
Maka selamat si pesalah dari hukumannya."

Orang yang berdiri di hadapan Hajjah itu berkata, “Wahai gabenor, jika demikian ucapan penyair itu, ketahuilah bahawa ayat yang turun daripada Allah lebih baik lagi.” Hajjaj berkata, “Celaka kamu, apakah yang difirmankan Allah?” Orang itu berkata, "Allah berkata di atas ucapan Nabi Yusuf yang hendak menahan saudaranya yang mencuri timbangan. Tetepi saudara-saudaranya yang lain menawarkan diri untuk menggantikan adiknya itu, sebab adiknya merupakan anak kesayangan ayahnya." Firman Allah s.w.t. adalah bagaimana ayat di atas.

Hajjaj terkejut apabila mendengar ayat ini, hatinya berdebar-debar. Maka dia berkata, “Maha benar Allah dan bohonglah penyair itu. Bebaskan orang ini, jika tidak tentu kita benar-benar termasuk orang yang zalim.”

Kisah di atas mengajarkan kepada kita bahawa kita tidak boleh menghukum sesaorang atas kesalahan yang dilakukan orang lain.