Friday, June 19, 2009

Candat Sotong Menghampakan

Kami terkilan kerana strategi mencandat sotong tidak diberitahu kebenarannya oleh pihak yang mengendalikan usahaan tersebut.
Aktiviti mencandat di laut Kuala Marang, Trengganu, pada Jumaat Mei 29, 2009 bersamaan Hijrah 4 Jamadi Akhir, 1430. Kami bertolak 12.30 malam sebelumnya dari Shah Alam dan solat subuh di Kampong Jambu Bongkok, Trengganu.
Kenderaan SUV Innova JKV 9070 (milik Dr. Rohani) ialah:
Saya, Dr. Rohani, Dr. Ghazali dan Nurul Iman(anak Dr. Ghazali dan Dr. Rohani).
Waja NBS 574 ialah: Fazli (Pengurus Sesuci Trave & Tours Sdn. Bhd.) ialah:
Ramlan (pekerja KKRohani), Sallehudin (kontraktor binaan) dan Hasyim (kerja sendiri).
Di Rhu Muda Resort chalet A 6:
Sallehudin dan Hasyim.
Chalet A 7:
Dr. Ghazali, Dr. Rohoni dan Nurul Iman.
Chalet A 8:
Saya, Ramlah dan Fazli.
Ikut sama mencandat mencandat:
Haji A. Rahim (rakan kongsi Sesuci Travel Sdn. Bhd. bersama Dr. Ghazali & Dr. Rohani),
Wan Hisyam (Penolong Pegawai Pelancongan, Trengganu), dan
Azmi (pegawai Jabatan Pelancongan, Kuala Trengganu).
Pemandu bot Zakaria (h/p 019 939 6607), dua pembantu Din dan Zambri. Sewa bot RM600/-, memanglah tinggi.
Setiap tahun Sesuci Travel & Tours Sdn. Bhd. membuat excursion untuk riadhah kakitangannya ke tempat-tempat tertentu dengan belanja besar. Sewa chalet satu malam pada hari itu RM100/- dan RM120/- kerana musim cuti sekolah. Harga biasa hanya antara RM60/- hingga RM80/- sahaja.
Malam itu pemandu bot tahu tidak boleh dapat banyak sotong kerana bulan gelap iaitu 4 Jamadi Akhir. Walau pun Mei hingga September setiap tahun musim banyak sotong dan boleh mencandat tetapi hanya ketika bulan besar sahaja iaitu 15 haribulan hijrah. Hanya 3 atau 4 ekor sotong sahaja dapat dicandat, itu pun oleh kakitangan bot.
Kami bongkar sauh jam 11.oo malam dan sampai di pantai 12.oo tengah malam.
Kami sangatlah kecewa kerana kebenaran malam gelap tidak wajar mencandat sotong. Hal ini tidak diberitahu oleh pemandu kerana hendakkan wang sahaja.

Thursday, June 11, 2009

Ust Muslim - Jamuan Kemesraan

Sudah banyak kali Ustaz Muslim Che Yusoff mengadakan majlis jamuan mesra kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dengan aktiviti sebegini hubungan silatul rahim sentiasa terjalin antara ahli-ahli keluarga.
Pada Khamis 11 Jun 2009 di Wakaf Baru, Kelantan, di rumahnya Ustaz Muslim telah mengadakan lagi majlis seperti ini.
Ustaz Muslim, adik ipar saya, baik hati suka memberi jamuan kiranya kami balik ke Kelantan.
Ramai yang dijemputnya tengah hari itu: Fauziah (isteri ku), Ustaz Juhdi (adiknya), ayah (Che Yusoff bin Awang), Hurumy, Fadli.
Antara sahabatnya ialah Ustaz Mansor bin Yahya (H/P 019 9394993), Ketua Urusan Ulamat PAS Kawasan Bacok yang sanggup datang ke Johor Bahru memberi kuliah agama.
Masing-masing bawa isteri dan anak-anak. Sangatlah meriah majlis itu.
Hidangan yang banyak disediakan ialah nasi kerabu, nasi dagang, satay, ayam, daging bakar dan goreng, kuih-kuih dan beberapa jenis minuman.
Saya sekeluarga bersyukur kepada Allah S.W.T dan terima kasih kepada Ustaz Muslim menjemput kami dan berdoa agar beliau sejahtera dan murah rezeki.

Saturday, June 6, 2009

Kembali ke rahmatul Allah

Mohamed bin Shampo, Wak Daeng, 73 tahun meninggal dunia Ahad, 7hb Jun, 2009, jam 9.40 pagi. Sembahyang mayat di Mesjid Ar-Rahman, Taman Dahlia, Johor Bahru.
Saya tumpang Myvi Yusof bersama wak Jamil dan Hj. Abdullah Hassan.

Berjumpa di tanah perkuburan Bukit Alif, Tampoi, antaranya Rosli, Anuar Aris, Hamdan Jelani, Paklong Ayub, Syed Mustaffa, dan ramai keluarga Pak Daeng lelaki dan perempuan.

Dia meninggal di rumahnya di Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bahru.

Sebab kematian ialah sakit gout yang dihidapnya beberapa tahun di kedua lututnya. Allah yarham tidak mahu rawat di hospital.

Allah yarham Pak Daeng mati tanpa selesai penjualan 3 ekar tanah pusakan orang tuaya di Tanjong Pelepas, Gelang Patah, Johor. Beliau ialah pemegang kuasa bagi dua adik beradiknya. Awal-awal tanah itu ditawarkan RM 1 juta. Ada pembeli yang berminat. Apabila ekonomi merudum bakal pembeli hilang minat dan berhenti berurusan. Masaalah bertambah apabila anak-anak si mati bertelagah sesama sendiri.

Sakit gout tanpa rawatan munkin keracunan dan menyerang organ-organnya yang lain.
Allah yarham Pak Daeng sangat berjasa kepada PAS Cawangan Taman Dahlia, Pulai, Johor. Beliau walau pun berketurunan di Raja Bugis, tabah tinggal seharian di markaz Cawangan menjual akhbar Harakah waktu akhbar itu di sekat pihak berkuasa beberapa tahun dahulu. Beliau dihormati penduduk kampong ahli Pas dan Umno.
Kematian Mohamed bin Shampo (Wak Daeng) merupakan kehilangan seorang pejuang PAS Cawangan Taman Dahlia, Kawasan Pulai, Johor. Moga-moga Allah S.W.T. cucuri rahmat ke atas rohnya di alam barzah dan akhirat hendaknya.

Friday, June 5, 2009

VW - Layanan Yang Tidak Memuaskan

Saya terkilan perkara yang tidak disangka berlaku di Alor Star Khamis 4hb. Jun, 2009, apabila layanan yang beri staf VW tidak memuaskan.

Kereta VW Beetle saya model 2008 JKU 5565 hari itu kekurangan minyak lubricant. Saya talipon ibu pejabat VW di Petaling Jaya No. 03 7954 3467 apabila lampu amaran menunjukkan kekurangan minyak lubricant menyala beberapa kilometer sebelum tiba di Alor Star.

Minyak Castrol 540 fully synthetic yang diberitahunya tidak dapat dibeli di Alor Star dan agent VW terdekat ialah di Auto World, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Oleh yang demikian kira-kira jam 3.00 petang hari itu, saya pandu ke Bukit Mertajam selamat sampai kurang lebeh 6.00 petang.
Saya disuruh berhubung Encik Selamat (mekanik - h/p no. 012 490 9331) oleh Encik Alan Tan (Sales Executive) tetapi tidak berjawab walau pun beberapa kali panggilan dibuat. Kemudian saya berhubung Encik Joe Kim (Branch Manager - h/p no. 012 499 1331) yang juga diberi Encik Alan Tan. Apabila diberitahu kegagalan saya berhubung Mechanic Encik Selamat maka Encik Joe Kim nasihatkan saya supaya gunakan minyak pelincir Petronas Syntium Fully Synthetic sebagai alternatif.
Yang ikut bersama saya dari Johor Bahru sejak 3/6/2009 ialah isteri saya Hajjah Noriah Bahari dan Fauziah Che Yusoff. Anak angkat Yusnita Yusof ikut dari Alor Star mengajak kami menemui ibunya di Baling, Kedah.
Sepatutnya awal-awal lagi pihak Ibu Pejabat VW di Petaling Jaya memaklumkan saya tentang minyak pelincir alternatif ini. Ketidakcekapan sedemikian rupa yang dilakukan oleh individu di Ibu Pejabat VW Petaling Jaya boleh mencemarkan kelarisan jualan kereta VW yang bagus ini. Sepatutnya saya sebagai pemilik diberi layanan professional yang sewajarnya.
Cawangan Jualan VW di Johor Bahru tutup kerana kurang pelanggan. Kenderaan VW bagus tetapi harganya agak tinggi. Orang akan beli barang baik kiranya baik after sale service.

Monday, June 1, 2009

Perniagaan Bawang

PAS Cawangan Taman Dahlia, Kawasan Pulai, Johor, telah mengadakan mesyuarat khas pada 20/3/2009 di markaznya jam 10 malam.

Mesyuarat bincang cadangan Abdul Nasim bin Abdul Salam, Ketua Lajnah Ekonomi Cawangan, projek menjual bawang besar untuk ekonomi Cawangan.

Hadir mesyuarat tersebut ialah:
1. Mohd. Noh Hj. Ibrahim (Pengerusi),
2. Abd. Rasyid Paino (Setiausaha),
3. Abdul Nasim bin Abdul Salam (Ketua Lajnah Ekonomi),
4. Hj. Atan Ahmad (Ketua Penerang),
5. Sultan Syed Ibrahim bin Hawaja Mohaideen, dan
6. Ustaz Ramli Awang (Ketua Lajnah Tarbiyah, Latihan Kepimpinan & Unit Amal)

Difahamkan buat permulaan 7 atau 8 bag bawang sehari akan diedar ke kedai-kadai di sekitar bandar Johor Bahru sehingga ke 200 - 300 bag sehari.

Mesyuarat bersetuju:
(a) Harga beli RM7.00/bag,
(b) Harga jual RM8.50/bag,
(c) Cadangan ditubuhkan syarikat seperti salah satu nama di bawah ini:
(i) Al-Qamar,
(ii) Al-Buruj, atau
(iii) Ubudiah.

(d) Penama borang C syarikat:
(i) Mohd. Noh Hj. Ibrahim (Ketua Cawangan),
(ii) Abd. Rasyid Paino (Setiausaha), dan
(iii) Abdul Nasim Abdul Salam (Ketua Lajnah Penerangan).

(e) Kos perniagaan satu hari:
(i) bawang 200 bag x RM7,00.00 - RM1,400.00
(ii) Pengangkutan - RM 50.00
(iii) Gaji pekerja - RM 50.00

Jumlah kos satu hari - RM1,500.00
(f) Kos tetap:
(i) Tubuh syarikat - RM 100.00
(ii) Citak bil - RM 110.00
(iii) Buku ledger - RM 20.00
(iv) Alatulis - RM 50.00
(v) Deposit Bank Islam - RM1,000.00
Jumlah kos tetap - RM1,280.00

Tindakan hari Rabu 24/3/2009 adalah:
(a) Pergi ke SSM
(b) Buat cop syarikat
(c) Buka akuan semasa di Bank Islam di BBU
(d) Bayar deposit RM1000.00
(e) Tandatangan cek seorang dan salah seorang dari dua yang baki.

Mesyuarat tangguh 12.00 tengah malam dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-asr.

Sunday, May 24, 2009

THE SUCCESSFUL BUSINESS MAN

Dato Haji Abdullah Jaafar fetched me in his black Honda Accord JDL 222, after we (Fauziah and I) returned from buying popiya at the Xtra Hypermarket, circa 11.00 p.m.


Haji Ibrahim ushered us inside his recently opened La Rawa restaurant in Taman Rini, near Taman Tun Aminah, to a set of brand new wooden dining table. We preferred the smaller television to the 52" screen outside due to exposure in the cool, windless, and starry night, after a heavy rain, the flood of which washed a Singapore registered car into a monsoon drain (Sungai Kempas) in Jalan Tampoi, killing one of the two passengers, in the afternoon.


We were soon joined by a Hassan in white baju Melayu and black songkok, a district councilor of Majlis Daerah Johor Bahru Tengah, a committee member of UMNO Gelang Patah Division under the chairmanship of recently won representative of the same State Constituency of Gelang Patah, Haji Abdul Aziz Sufian, (brother of Othman Sufian, ADUN Kempas). He talked about his shaky position. His superior Haji Aziz, dominates the JBDT's administration to the point of wanting to remove him from his all current positions in the Majlis.


Hj. Ibrahim’s Profile


Haji Ibrahim, the restaurateur, retired at 48 in 1994 from the Local Government Department, bought the premises of shop house himself doing the business with the help of his children. He is a successful construction contractor currently constructing a RM 400,000.00 overhead bridge project. He is now waiting another RM 5.4 million mosque project which he submitted with an increase to RM 5.9 million. Six of his seven children, 3 boys and 4 girls, graduated from local universities.


Saturday, May 23, 2009

The Replanting Grant

On the advice of Ah Tiam and Chong  I went to MPOB (Malaysia Palm Oil Board), Renggam, Johor, on 21/5/2009, to apply for replanting grant. 

2. I immediately canceled my order of 600 trees from a private nursery in Gersik, Muar, through my brother Abd. Latif Ahmad, Pengulu Mukim Gersik, Muar, Johor  I heard perhaps the price was RM6.00 per plant. On my visit to his house recently in Kompleks Penghulu Gersik, he told me the price instead was RM9.00 per plant including transportation to the location in Kahang, Kluang.

The MPOB is about 30 km. drive from Taman Lambak towards Renggam. Mardi grazing ground is opposite the road on the right side. MPOB situates on high ground a very sophisticated building. After recording my particulars in the visitor’s book, the jaga gave me electronic card key. The key opened the gate and door of the main office.

My land Lot 4020 area of 8.0947 hectors (20 acres) situates in Mukim Kahang, Kluang, Johor. Former Johor State Government, under Y.A.B. Dato Abd. Ajib Ahmad as Menteri Besar, granted to 50, (including me in this group, and at Bukit Hantu in Kulai and Gunung Lambak in Kluang of other groups), Johor State Civil Service officers 20 acres each. The land had been planted with oil palm more than 25 years ago. The produce now averages 10 tons per month. My land had produced a 20-ton peak palm fruits when the plants aged 15 years.

The Committee of Land Resources, in its meeting in 1986 under the chairmanship of Menteri Besar Y.A.B. Dato Abd. Ajib Ahmad, followed suit the precedent of his predecessor, Y.A.B.Tan Sri Othman Saat, approved the grant of this land to me.

I do not know the closing date of this offer by the MPOB.

The officer Suhaimah at counter 1 took my application form, a photocopy of my identity card, 2 copies of my land title and my management undertakings.

The idea of the offer is to help small farmers (below 100 hectors) replant oil palms. It is very generous of present BN Government under premiership Najib Tun Razak. 

Chinese folks in Kahang have the most advantage because most of them possess lands. I am only one of very few Malay farmers.

I filled in application form. I submitted with photocopies of identity card, land title (2 copies) and undertaking consent. MPOB officer would visit my land, when satisfied, will ask me to fell down old plants and would approve the grant of RM7,000.00 per hector. The total amount would be RM56,000.00.

I pray to Allah S.W.T. that my application would be approved.

End

Monday, May 18, 2009

DELIMA PAS KAWASAN JOHOR BAHRU

1. MUKADIMAH

1.1 Prestasi pentadbiran PAS Kawasan Johor Bahru sekarang ini tidak mencapai standard yang sepatutnya. Pemimpin-pemimpin sekarang ini tidak dapat penghormatan dari kebanyakan ahli PAS Kawasan kerana berlaku curang dalam menggunakan demokrasi mesyuarat agong ke-16 tahun 2005 yang lalu. Penyelewengan yang berlaku ditangani Dewan Harian BPPNJ tidak memuaskan.


2. PEMIMPIN

2.1 Pimpinan-pimpinan sekarang ini didapati tidak mampu memimpin PAS Kawasan Johor Bahru. Johor Bahru selama ini dibiarkan sahaja mengikut hawa nafsu mereka. Apabila ahli-ahli PAS cuba membuat perubahan dengan rancangan dan strategi yang baik, pemimpin-pemimpin itu tidak mahu memberi jalan kepada yang baru. Mereka sanggup bertindak melanggar perlembagaan PAS (pindaan 2001) untuk berkuasa. Kes penyelewengan yang berlaku, antara lainnya, adalah bagaimana berikut:


“Cawangan-cawangan tersebut di bawah ini tidak sah bermesyuarat agong kerana telah diadakan serentak (simultaneous) dalam satu upacara:


1.Kg. Desa Melayu (PPM/J.26/52-6991)

2. Kg. Dato Hjh. Hasnah (PPM/J.26/52-6992)

3. Kg. Setanggi (PPM/J.26/52- 6990)."


Tarikh : 27 April, 2005/18 Rabiulawwal, 1426.
Masa :
Mulai jam 9.30 malam
Tempat :
Rumah Tuan Haji Midon, 6 Jalan Antoi ,
Kg. Dato Sulaiman Menteri, Majidi, 80250, Johor Bahru

Hadir : Kurang lebih 13 orang, termasuk:

(i) Rosli bin Kemin – YDP, ajk Cawangan Kampong Melayu Pekan
(ii) Abd. Rahman bin Ismail NYDP, ajk Cawangan
Larkin Jaya
(iii) Puan Rahimah binti Ketot, ahli Cawangan Larkin
Jaya

(iv) Hishamuddin bin Ismail

(v) Adnan Adam

(vi) Haji Hamidon, tuan rumah
(vii) xxxxxx

(xiii) xxxxxxx

Peresmi : Rosli bin Kemin, YDP Kawasan.

Pengerusi Tetap : Hishamuddin bin Ismail.


2.2 Jelas ketiga-tiga cawangan yang tersebut di atas sudah tidak berfungsi. Dewan Pemuda Kawasan, Cawangan Bandar Baru UDA dan Cawangan Larkin Jaya telah membuat petisyen kepada Perhubungan Negeri.


2.3 Dewan Harian Perhubungan Negeri telah membuat keptusan tidak membatalkan keseluruhannya mesyuarat agung kawasan Johor Bahru.


2.3 Saya dari PAS Cawangan Larkin Jaya berpendapat keputusan BPPNJ ke atas perkara ini seperti berikut:


“Di atas factor-faktor yang tersebut, PAS Cawangan Larkin Jaya bertanggungjawab membuat laporan atau bantahan ke atas mesyuarat agong ke 16 ini bagi kepentingan ummah dan Parti PAS sendiri yang akan wujud natijah-natijah buruk seperti berikut:


(i) mencemarkan nama baik dan imej PAS,

(ii) rakyat biasa, atas pagar, dan ahli PAS akan berfikir dua kali untuk menyokong PAS,

(iii) tindakan menolak nasihat dan arahan pemantau dari Dewan Harian BPPNJ, iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (ketika itu), Puan Hajjah Rufiah binti Selamat, adalah biadab”.


2.4 Cawangan Larkin Jaya dalam mesyuaratnya yang kedua berkeputusan bagaimana berikut:


“Perkara 5 – Perkara berbangkit dari minit khas ke-1

Mesyuarat dimaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:


Perkara 1: Kertas Mesyuarat Cawangan Larkin Jaya Bil. 2/2005 – Penyelewengan mesyuarat agong ke-16 PAS Kawasan Johor Bahru.


(a) BPPNJ bertindak hanya mengarahkan supaya diadakan semula mesyuarat agong ke-16 bagi PAS Kawasan Johor Bahru pada 29 Mei 2005 hanya bagi membuat pemilihan pegawai-pegawai dan ahli-ahli jawatankuasa sahaja.


(b) BPPNJ mengarahkan supaya cawangan-cawangan mengadakan semula mesyuarat agong masing-masing hanya bagi membuat pencalonan baru pegawai-pegawai dan ahli-ahli jawatankuasa Kawasan sesi 2005/2007; dan menamakan perwakilan-perwakilan baru sahaja untuk mesyuarat agong tersebut.


(c) BPPNJ hanya membatalkan perkara berkenaan pemilihan sahaja TANPA membatalkan keseluruhan Mesyuarat Agong Ke-16 pada 28 April 2005 yang lalu itu.


(d) BPPNJ tidak membenarkan Cawangan Perumahan UDA mengadakan mesyuarat agongnya atas alasan tidak terlibat dalam pemilihan mesyuarat agong yang terbatal tersebut.”


xxxxxxxxxx


3. CAWANGAN

3.1 Johor Bahru ialah nama kawasan Parlimen P. 160 yang terkecil dalam negeri Johor. Tetapi pengundinya paling ramai antara 26 Parlimen dalam negeri Johor iaitu kira-kira 95,000 mengikut daftar pemilih pilihanraya ke 11 tahun 2005. DUN Tanjung Putri N.44 dan DUN Stulang N.45 berada dalam Parlimen Johor Bahru. Cawangan-cawangan aktif terkini dalam kawasan Johor Bahru hanya:

(1) Larkin Jaya,

(2) Bandar Baru UDA,

(3) Perumahan UDA,

(4) Desa Melayu,

(5) Kampong Dato' Hasnah, dan

(6) Kampong Setanggi.

3.2 Kawasan Johor Bahru sepatutnya mempunyai sekurang-kurang 31 cawangan mengikut unit-unit peti undi SPR bagaimana berikut:


P. 160 – JOHOR BAHRU


N. 44 - DUN TANJONG PUTERI

01) Bandar Baru UDA

02) Perumahan UDA

03) Jalan Datin Halimah

04) Kampong Ungku Mohsin

05) Kampong Melayu Majedee I

06) Kampong Melayu Majedee II

07) Stulang Baru

08) Sepakat

09) Taman Baru

10) Rumah Pangsa Larkin

11) Larkin Jaya

12) Larkin

13) Taman Majedee

14) Taman Kebun Teh

15) Taman Melodies

16) Taman Abad

17) Abad Jaya


N. 45 – DUN STULANG

01) Majedee Baru

02) Desa Jaya Majedee

03) Setanggi

04) Sentosa

05) Sri Tebrau

06) Bakar Batu

07) Pelangi

08) Taman Maju Jaya

09) Kampong Wadi Hana

10) Bukit Senyum

11) Sri Pelangi

12) Stulang

13) Taman Sri Setia

14) Lumba Kuda


4. KEDUDUKAN JOHOR BAHRU

4.1 Johor Bahru juga ibu negeri Johor selain nama kawasan Parlimen P.160. Johor Bahru ditadbir Majlis Bandar Raya adalah bandaraya metropolitan dengan semua activiti awam dan swasta beribupejabat di sini.


5. DEMOGRAFI

5.1 Pengundi Parlimen Johor Bahru mengandungi kira-kira:

Melayu 55%,

Cina 33%, dan

Lain-lain 12%.


5.2 Melayu:

20% Korporat.

20% Profesional.

20% Peniaga sederhana dan kecil.

Dan selebihnya kerja bergaji dan usahawan kecil.

Tinggal di taman-taman perumahan mewah, sederhana, murah dan setinggan.

Ada individu-individu dari Johor Bahru beri bantuan kepada calon Parlimen lain seperti Mersing dan Kedah.

5.3 Cina:

30% Koperat dan profesional.

40% Peniaga sederhana dan kecil.

Selebihnya kerja kontrak dan makan gaji.

Ramai penyokong DAP dan Keadilan.

Ramai yang membantu calon PAS dalam pilihan raya ke 11 kerana mahukan keadilan.

5.4 India:

Berniaga dan makan gaji.


6. KEMUNCAK BANTAHAN TAHUN 2005


6.1 Mantan Ketua Urusan Ulamak Johor Bahru telah merekod faktor-faktor kelemahan yang terdapat di Kawasan Johor Bahru.


6.2 Di atas kesedaran mahu membuat perubahan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru, Cawangan Larkin Jaya, Cawangan Bandar Baru UDA, dan Cawangan Perumahan UDA telah menulis surat peribadi kepada YDP supaya menarik diri.


6.3 Dewan Pemuda dan 3 cawangan membuat rayuan kepada perwakilan-perwakilan dengan ikhlas supaya YDP incumbent tidak dipilih lagi.


6.4 Dewan Pemuda Kawasan ada kirim surat kepada BPPNJ.


6.5 Tindakan mereformasi Kawasan Johor Bahru gagal kerana pihak pentadbiran Kawasan telah salah guna prinsip demokrasi dengan mengambil perwakilan ‘hantu’ bagi ketiga-tiga cawangan di perenggankata 2.1 di atas.


7. JOHOR BAHRU ADALAH TUNGGAK KERANA:

7.1 Pemimpin PAS bagi Kawasan Johor Bahru hendaklah yang berkaliber tinggi.

7.2 Pemimpin PAS mesti mempunyai aura tersendiri dan sanggup berdialog dan berdepan dengan masyarakat koperat dan profesional selain masyarakat biasa.

7.3 Pemimpin PAS hendaklah berpengetahuan agama Islam selain berpendidikan profesional yang sedia ada.

7.4 Pemimpin PAS juga mesti senang didampingi ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri yang berpusat di Bandaraya Johor Bahru.

7.5 Pemimpin PAS juga hendaklah senang didampingi pemimpin-pemimpin JIM.

7.6 Mantan Pesuruhjaya BPPNJ, Dr. Sanusi Daeng Mariok, dalam tahun 1999 pilihanraya ke 10 berpendirian bahawa kalau roboh kubu kuat UMNO di Johor Bahru, seluruh negeri Johor akan jatuh ke tangan PAS. ‘Nucleus’ (nadi) bagi negeri Johor ialah Bandar Baru UDA, Taman Kolam Air dan Kampong Mohd. Amin (di Pulai). Akhbar Harakah Isnin bertarikh 27 September, 1999, melaporkan pendapat Pak Daeng Sanusi Daeng Mariok, mantan Pesuruhjaya PAS Johor.

,

8. PENUTUP

8.1 PAS Kawasan Johor Bahru ketandusan pemimpin. Tindakan mesti segera diambil mengatasinya.

8.2 Pimpinan PAS Kawasan Johor Bahru sekarang hendaklah ditukar kepada yang lebib baik. Ahli-ahli PAS Kawasan Johor Bahru sedia berkerjasama sepenuh hati kiranya kepimpinan diambil alih oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.


Sekian, wassalam.

Haji Atan bin Ahmad,

Ketua Cawangan,

PAS Larkin Jaya.

13/9/2005

Thursday, January 15, 2009

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM

Ibnu Kathir dalam kitabnya Al-Bidayah wa An -Nihayah menyebut nama sebenarnya ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun. Ibnu Abbas r.a. kata bahawa Luqman adalah seorang hamba asal dari Habsyi bekerja sebagai tukang kayu. Ada ulamak kata Luqman berasal dari Nubah, bertubuh pendek dan hidung mancung. Ada ulamak yang kata Luqman dari negeri Sudan berhampiran negara Mesir. Ada pula yang kata Luqman seorang qadhi di zaman Nabi Daud a.s. Al-Quran tidak menyebut dengan pasti tentang Luqman al-Hakim ini.

Tetapi semua ulamak bersetuju bahawa Luqman al-Hakim seorang pendita yang dikurniakan Faslul Kitab dan Hikmat. Wasiat-wasiat Luqman kepada anaknya penuh hikmat dan benar, telah diabadikan Allah s.w.t. di dalam al-Quran untuk dijadikan wasiat juga bagi seluruh umat Islam, adalah firman Allah melalui lisan Luqman. Firm an Allah s.w.t.:

ولقد أتينا لقمان الحكمة أن اشكر لله ومن يشكر فإنما يشكر لنفسه وإن كفر فإن الله غني حميد (سورة لقمان 12

Ertinya: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan hikmat kepada Luqman iaitu bersyukur (kepngada Allah s.w.t.), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Surah Luqman: ayat 12). Luqman terkenal dengan nama Luqman al-Hakim kerana cakapan dan gerak-gerinya berhikmat.

Erti hikmat: Bahasa Melayu "kebijaksanaan".

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia DBP: "kuasa luar biasa (ghaib) pada sesorang atau sesuatu".

Kamus Arab al-Munjid erti hikmat: "cakap yang menepati kebenaran, falsafah, penguraian sesuatu perkara dengan tepat dan betul, keadilan, berilmu pengetahuan dan penyantun".

Prof. Dr. Hamka mengatakan bahawa hikmat ialah: "kesan yang tinggal dalam jiwa manusia dalam melihat pergantian di antara suka dan duka hidup, melihat kebahagian yang dicapai sesudah perjuangan melawan hawa nafsu, dan celaka yang didapati orang yang melanggar garis-garis kebenaran yang mesti ditempuh".

Seterusnya Dr. Hamka mengemukakan pendapat Imam Ar-Razi yang mengatakan bahawa hikmat ialah: "kesesuaian antara perbuatan dengan pengetahuan".

Maka tiap-tiap orang yang diberi taufik oleh Allah s.w.t. sesuailah perbuatan dengan pengetahuannya, atau amalan dengan ilmunya. Itulah orang yang telah mendapat kurnia hikmat.

Hamba yang diberi setitik ilmu oleh Allah s.w.t. dengan kehendakNya ialah ahli hikmat, tidak bercakap atau bertindak melainkan kerana Allah dan benar belaka. Cita-citanya hanya satu iaitu mencari keredhaan Allah, dan kemuncak dari seluruh hikmat sejatinya ialah taqwa kepada Allah (Ra'su al hikmati makhafatullah). [Kitab Wasiat-Wasiat Luqman Al-Hakim oleh Fathullah Al-Hafnawi]








Thursday, January 8, 2009

Iskandar Malaysia - kita melopong

Jorakelokai has left a new comment on the post "SALAM PERKENALAN":

Kalau diirek, diuli ,dicanai,direnong didalam kitab pada dua ketiga dekat akan datang wilayah Iskandar ada kemungkinan besar akan tergadai ketangan kuasa asing,itu jam orang Johor tangkap lopong sambil menyesali apa yang telah dibuat aleh pemimpin2 terdahulu mereka yang gila mengejar kemajuan dengan membawa pelabur2 asing dikatakan membawa keuntungan pada ekonomi negara dan raayat boleh mendapat hasil limpahannya.
Kurenong2 dalam kitab raayat Malaysia akan dapat malu besar sekali lagi apabila kehilangan wilayah yang dibangakan hari ini.
Malu yang terkini maseh terpalit belum terhapus dimuka raayat yang cintakan tanah air
petaka kecundang mempertahankan Pulau Bt.Puteh nan sekangkang kera apa jaminan untuk menyelamatkan sebuah wilayah yang sarat dengan harta yang akan bukan milik kita.

Post a comment.

Unsubscribe to comments on this post.

Posted by Jorakelokai to CorongKita at January 7, 2009 2:02 AM

Structure Plan Failure

I was told in 1980 the Johor Government employed Japanese consultant to make 20-year structure plan for Johor Bahru town. The consultant fee was about RM 1 million. The outcome of the plan were to be constructed outer ring roads, viaducts at various traffic jam junctions, Singapore LRT terminal at Plaza Best World, etc. Many of my Singapore friends comtemplated to invest here. Now the name of the hypermarket has been changed to "Danga" something. The luxury Hayyat is sold to the company and will be renamed.

Sadly, the plan was put aside by the authorities. Instead they "swastakan" Danga Bay where bumi equity then was only 11%.

Now the Danga Bay Co. Ltd. whose directors are Singaporeans, had initially pumped in capital to about RM 4 billion. Local directors therefore could not cope with the increase. As a result local citizens "melopong".

Not long ago 6 foreigners from Japan chartered a tourist bus to Bandar Nusa Jaya in Gelang Patah to look for housing lot. Each vacant lot costs RM 6 million. There is a "Green Zone" like the one in Iraq there walled around about 1/2 km sq. known as "Arab Village". The village is out of bound to anybody.

Each bungalo house in Plentong costs RM 800 thousand. Many local residents cannot afford to buy. I am really surprised how the ruling elites of Johor feel so proud of the ISKANDAR MALAYSIA.

Monday, January 5, 2009

Massage chair

I ordered the massage chair in package of 3 items costing RM6488. The credit installments of 12 months settled only in one payment. The goods have not arrived yet.

Sunday, January 4, 2009

Sumbanganku

Aku infak kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Kempas 2 katil bujang serta tilam.

Mohd. Khair datang bersama Saiful dan Saufuddin Ismail mengambilnya di rumah ku 9 malam diangkut dengan lori Saifuddin.

Sebelum ini aku menginfak 10 kerusi plastik dan beberapa meja lipat kepada PAR diangkut dengan Hilux Suhaizan Kaiat, Penasihat PAR, dari Bandar Selesa Jaya, Johor Bahru.

Pada 1/11/2008 aku beli 2 mesin penghawa dingin York dua dan satu kuasa kuda masing-masing berharga RM2,100/- dan RM1,100/-. Kos pasang termasuk senggara sebuah yang lama berjumlah RM3,490/-, yang dijanji akan dibayar balik kepada ku di masa akan datang.

Fauziah infak 3 bidang screen kain yang boleh di alih.

Hjh. Noriah infak RM100/- sebulan daripada duit sewa rumahnya di Bandar Selesa Jaya yang diurus Mohd. Khair Yusof.