Friday, June 19, 2009

Candat Sotong Menghampakan

Kami terkilan kerana strategi mencandat sotong tidak diberitahu kebenarannya oleh pihak yang mengendalikan usahaan tersebut.
Aktiviti mencandat di laut Kuala Marang, Trengganu, pada Jumaat Mei 29, 2009 bersamaan Hijrah 4 Jamadi Akhir, 1430. Kami bertolak 12.30 malam sebelumnya dari Shah Alam dan solat subuh di Kampong Jambu Bongkok, Trengganu.
Kenderaan SUV Innova JKV 9070 (milik Dr. Rohani) ialah:
Saya, Dr. Rohani, Dr. Ghazali dan Nurul Iman(anak Dr. Ghazali dan Dr. Rohani).
Waja NBS 574 ialah: Fazli (Pengurus Sesuci Trave & Tours Sdn. Bhd.) ialah:
Ramlan (pekerja KKRohani), Sallehudin (kontraktor binaan) dan Hasyim (kerja sendiri).
Di Rhu Muda Resort chalet A 6:
Sallehudin dan Hasyim.
Chalet A 7:
Dr. Ghazali, Dr. Rohoni dan Nurul Iman.
Chalet A 8:
Saya, Ramlah dan Fazli.
Ikut sama mencandat mencandat:
Haji A. Rahim (rakan kongsi Sesuci Travel Sdn. Bhd. bersama Dr. Ghazali & Dr. Rohani),
Wan Hisyam (Penolong Pegawai Pelancongan, Trengganu), dan
Azmi (pegawai Jabatan Pelancongan, Kuala Trengganu).
Pemandu bot Zakaria (h/p 019 939 6607), dua pembantu Din dan Zambri. Sewa bot RM600/-, memanglah tinggi.
Setiap tahun Sesuci Travel & Tours Sdn. Bhd. membuat excursion untuk riadhah kakitangannya ke tempat-tempat tertentu dengan belanja besar. Sewa chalet satu malam pada hari itu RM100/- dan RM120/- kerana musim cuti sekolah. Harga biasa hanya antara RM60/- hingga RM80/- sahaja.
Malam itu pemandu bot tahu tidak boleh dapat banyak sotong kerana bulan gelap iaitu 4 Jamadi Akhir. Walau pun Mei hingga September setiap tahun musim banyak sotong dan boleh mencandat tetapi hanya ketika bulan besar sahaja iaitu 15 haribulan hijrah. Hanya 3 atau 4 ekor sotong sahaja dapat dicandat, itu pun oleh kakitangan bot.
Kami bongkar sauh jam 11.oo malam dan sampai di pantai 12.oo tengah malam.
Kami sangatlah kecewa kerana kebenaran malam gelap tidak wajar mencandat sotong. Hal ini tidak diberitahu oleh pemandu kerana hendakkan wang sahaja.

No comments: