Wednesday, September 12, 2018

Makan Colek

Makan colek dengan lazatnya selepas solat maghrib.

Bandar Baru UDA berhadapan RHB Bank adalah kawasan penjualan makanan rengan colek yang di perintah pindah oleh YM Tengku Mahkota, Johor, dari bawah jam besar padang MPJB di Seri Gelam, Johor Bahru.

Kami  bertiga, Noriah, Fauziah dan saya, selepas solat maghrib makan colek dan rojak buah, pada hari Selasa malam 11 September, 2018.

Noriah teringin nak makan. Khamis 6 September, 2018, Ayunita dan anaknya Syakir datang ke Johor Bahru dengan bus express dari TTBS Kuala Lumpur lalu diajak makan colek lepas solat maghrib.

Sekarang Noriah pula berahi sangat nak makan lagi sejak semalam tapi hanya mampu pergi hari ini.

Noriah bayar RM28.00 tanpa termasuk minuman yang saya bayar RM4.00.

End

Rehlah Ke Melaka

Cuti 3 hari kami pergi Melaka. Tidur 2 malam D’Pantai Homestay, Kuala Sungei Baru,
Melaka.

Saya berempat Noriah, Fauziah dan Norhana Marisa dari Johor Bahru. Anakanda Ayunita dan
cunda Syakir dari Kuala Lumpur. Mereka datang ke Johor Bahru naik bas express dari TABS, Kuala Lumpur, 6 September, 2018, dan tiba Larkin Sentral jam 6.00 petang.

Ayunita telah menempah Homestay tersebut dengan cengkeram RM100.00 manakala baki RM300.00 dibayar on-line setelah check-out pada 9 September, 2018.

Masmera yang tidak ikut serta kerana kesihatan hanya benarkan anaknya Hana ikut sama. Masmera bermurah murah hati sumbang RM200.00 untuk makan sea food di Melaka.

Hurumi, isterinya Nordiana dan 3 anak, datang dari Shah Alam dengan kereta Azla sampai di homestay, Melaka, kira2 jam 9 malam. Mereka tinggal di salah satu daripada 3 bilik di homestay yang sama. Beliau bermurah hati dalam perjalanan telah membeli barang makanan seperti sardin, roti, mentimun, dll., keperluan kita.

Hurumi mengail di laut berdekatan hanya dapat ikan buntal. Malam tidak mengail kerana tiada umpan.

Budak2 sangat saka berenang dan bermain pasir. Kami orang dewasa dapat banyak remis sehingga dapat menjamu Norzila, anak saudara sepupu Fauziah, yang datang ziarah kami dengan suaminya dari Sungai Udang berdekatan. Mereka pulang kira2 jam 12.30 tengah malam.

Kami bertolak dari Johor Bahru 7/9/2018 mulai jam 10 pagi. Sampai di destinasi jam 11.30 siang manakala Hurumi berlepas dari Shah Alam tengah hari lepas kerja. Kami check out jam 12 tengah hari Ahad 9 Septamber, 2018.

Setelah makan heavy breakfast di Pengkalan Balak kami berpisah dengan Hurumi yang hendak pulang ke Shah Alam.

Dalam perjalanan balik kami hantar Ayunita ke Imperial Hotel, Bandar Hilir, Melaka, di mana anakanda, Suhami Hj. Salam, suami Ayunita sedang menunggu. Mereka bermalam di situ satu malam dan sempat ziarah Maritime Muzium dan River Cruse di waktu malam bersama anak mereka Syakir. Keesokan harinya mereka balik ke rumah mereka di Antara Gapi, Selangor.

Kami selamat tiba di Johor Bahru jam 9 malam 9 September, 2018, dengan semua rasa gembira dan puas hati khasnya Syakir, Hana, Monzir, Amnah dan juga orang dewasa yang dapat mandi laut dan main pasir selama 3 hari.

Dari Johor Bahru kami guna hanya sebuah kenderaan iaitu Toyota Innova JRA 3717. Hurumi dari Shah Alam dengan keretanya sendiri  Perodua Azla.

End

Tuesday, September 11, 2018

PAS Kuat Dan Perkasa

Mesyuarat AJK PAS Pusat kali ke 6 sesi 2017 - 2019 di Sandakan, Sabah, hari ini Jumaat 15 September, 2017, telah melulus 2600 ahli baru PAS bulan September ini. 
Jumlah ahli baru PAS yang dilulus sejak January tahun ini ialah 34527 orang bagaimana butiran berikut:

Jan - 1952 
Feb - 5341  
Mac - 5384 
Apr - 7206 
Jun - 7033 
Jul - 2260 
Ogo - 2751 
Sep - 2600 

Jumlah ahli baru kini 34527 orang.
Setiap bulan PAS Pusat meluluskan ribuan Ahli Baru. Alhamdulillah PAS bertambah kuat dan perkasa.


End 

Liberalisme - Minda Presiden

Minda Presiden PAS

LIBERALISME: DI ANTARA KEBEBASAN DAN KEBABASAN

Akhir-akhir ini kalangan anti Islam atau nama glamornya kumpulan liberal, menunjukkan kesombongan mereka menentang Syariat Allah, sehingga dalam urusan perkara wajib, halal dan haram dengan menolaknya bagi memuaskan nafsu semata-mata, berpandukan slogan kebebasan atau liberalisme tanpa perhitungan akal manusia yang waras. Namun merasakan diri mereka sangat bijak.

Segala bahasa daripada semua bangsa yang berakal waras dalam dunia menafsirkan kebebasan itu adalah boleh melakukan apa sahaja mengikut sempadan naluri masing-masing dengan selamat. Apabila terkeluar daripadanya menjadikan tidak selamat yang disebut sebagai terbabas dan terjerumus kepada kemusnahan, bukan lagi kebebasan yang asalnya bermaksud positif.

Kita lihat binatang tanpa akal melakukan aktiviti kehidupan secara fitrah (naluri) mengikut kebebasan dalam had sempadan naluri dan sifat kebinatangannya. Haiwan air hidup di atas konsep kebebasan dengan tidak melompat ke daratan untuk hidup, begitu juga haiwan daratan tidak terjun untuk hidup di dalam air.

Apabila boleh hidup di dua alam, maka sifatnya sangat jelek. Binatang yang hidup dalam air terlompat ke darat dan mati atau yang di darat terhumbam ke dalam air dan mati, ini disebut binatang itu sudah terbabas daripada kawasannya. Oleh kerana makhluk itu tidak berakal, maka peraturan pilihan secara akal tidak diwajibkan kepadanya.

Adapun manusia yang berakal, ada undang-undang naluri yang sama tanpa mengira bangsa dan agamanya. Namun ditambah dengan peraturan agama dan undang-undang serta hukum yang berkait dengan akal dan fitrah serta naluri bagi mengawal supaya tidak terkeluar daripada sempadan naluri dan merosakkan sifat kemanusiaannya dari segi individu dan bermasyarakat.

Dalam fitrah yang sama di antara lelaki dan wanita, ada hukum dan undang-undangnya sama seperti hukum halal dan haram dalam perkara makan dan minum. Tetapi dalam naluri dan peranannya yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, seperti hukum yang berkait dengan pusaka dan aurat yang berbeza di antara lelaki dan wanita.

Selain itu, perkara urusan penjagaan anak di antara ibu dan bapa, ada perkara yang sama dan ada peranan yang berbeza. Ini menunjukkan ada hukum yang sama dan ada hukum yang berbeza.

Kadang-kadang terdapat kemampuan yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, kerana haram membebankan seorang itu dengan sesuatu yang di luar kemampuan sifat nalurinya atau kemampuan lahiriahnya. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap tenaga yang berbeza, maka tidak seharusnya di atas konsep persamaan diletakkan bebanan yang sama berat kepada yang tidak berkemampuan.

Allah S.W.T yang menciptakan seluruh alam dan makhluk manusia adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, lagi bersifat Rahmat, Bijaksana dan Adil terhadap hamba-Nya. Walaupun Allah itu Maha Kuasa, namun Allah menetapkan sempadan kepada makhluk manusia yang baligh (berusia matang) dan berakal dengan menetapkan Hukum Syariat yang menjadi sempadan bagi kebaikan mereka semua. Adapun mereka yang tidak matang dan tidak berakal yang disebut sebagai tidak mukallaf dikecualikan daripada hukuman apabila melakukan kesalahan. Kewajipan mereka dibebankan kepada penjaga di kalangan keluarga dan masyarakat.

Dalam undang-undang ciptaan manusia yang bijak juga ada sempadan bagi perjalanan hidup individu dan bermasyarakat yang boleh menggunakan akal mengikut kemampuan kebijaksanaannya.

Contohnya undang-undang jalanraya bagi mengawal keselamatan, pemandu yang berlesen bebas memandu tetapi mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, jika berlaku kemalangan disebabkan terbabas, maka bukannya kerana memandu dengan bebas.

Begitu juga ada had kadar muatan dan tanggungan yang berbeza yang tidak boleh disamakan, maka ada undang-undang bertindak ke atas muatan yang lebih daripada kadarnya. Kalau diizinkan di atas nama kebebasan dan persamaan, maka banyak jalan dan kenderaan yang rosak, bahkan menempah kemalangan bagi manusia.

Arak diharamkan oleh semua agama yang ada kitab petunjuk, khususnya Al-Quran. Pengharaman ini merupakan sempadan bagi memelihara kemuliaan akal dan kesihatan jasad. Semua kajian yang matang menunjukkan itulah hikmahnya. Walaupun tidak boleh menganggu penganut agama lain yang menghalalkan arak, tetapi sempadan hidup bermasyarakat hendaklah dihormati, kerana boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar kepada masyarakat umum.

Konsep kebebasan beragama bukan bermaksud bebas mengamalkan apa sahaja yang dibenarkan tanpa mengira sensitiviti pihak lain sehingga menyebabkan ketegangan yang menghilangkan keharmonian dalam masyarakat majmuk. Menjaga kepentingan umum hendaklah diutamakan, maka wajib dilarang pesta arak supaya tidak terbabas sehingga merosakkan hubungan bermasyarakat majmuk yang lebih besar mudaratnya kalau dibiarkan. Syariat Islam menamakannya Feqah Muwazanat.

Ada perkara yang dikawal dengan lesen seperti arak bagi menetapkan sempadan kepada penagihnya sahaja mengikut agama dalam konsep kebebasan beragama. Tetapi apabila mahu disebarkan kepada umum dengan menganjurkan pesta yang terbuka dan untuk mengheret pihak lain kepadanya, maka sudah terbabas daripada sempadan.

Ada perkara haram wajib ditutup rapat, sehingga tidak boleh dilesenkan sekali-kali, yang bertepatan dengan hukum agama dan fitrah, seperti mencuri, merompak dan menyamun. Maka tidak ada negara dalam dunia mengeluarkan lesen mencuri, merompak dan menyamun di atas konsep kebebasan yang salah.

Di sana banyak maksiat yang diharamkan oleh semua agama dan hukum akal, seperti berjudi, bebas berzina, berliwat dan sebagainya. Maka kita tidak boleh mengikut dan terikut dengan negara-negara yang sudah terbabas daripada hukum semua agama, naluri dan akal, sehingga melesenkannya.

Ternyata dengan terang lagi bersuluh bahawa tidak boleh melampaui batas dalam semua perkara, termasuk dalam urusan agama dan perkara lain dalam segala urusan kehidupan manusia, kerana boleh menyebabkan kemusnahan diri dan masyarakat. Maka tidak boleh diizinkan kalangan pelampau yang memainkan slogan di atas nama kebebasan, kerana pengertiannya salah dari segi bahasa, agama dan budaya. Tegasnya adalah kerana mereka terbabas daripada sempadan kehidupan manusia dan itu bukan kebebasan yang sebenarnya.

Islam bukan sahaja mengharamkan pelampau individu, bahkan juga mengharamkan negara yang menggunakan senjata pemusnah terhadap manusia dan alam sekitar. Walaupun di atas nama jihad, ianya diluar takrif jihad yang sebenarnya sangat murni dan mulia.

Apabila sudah membunuh orang awam yang tidak berdosa, atau pun menyasarkan serangan di tempat maksiat yang diharamkan oleh agama Islam, tindakan itu sebenarnya melampaui sempadan agama yang berkonsepkan wasatiyah (kesederhanaan), keadilan dan hikmah. Tegasnya, mencegah kemungkaran juga diharamkan sekiranya mencetuskan kemungkaran yang lebih besar dan lebih parah mudaratnya.

Kita wajib memahami dengan akal yang betul terhadap perbezaan di antara hak kebebasan manusia dan makhluk yang bermasyakat madani dengan kebebasan binatang di rimba belantara dan tidak bermasyarakat madani. Namun, malangnya ada manusia yang berkonsepkan haiwan yang tidak berakal, seperti dinyatakan oleh firman Allah:

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩ الأعراف.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-Aaraf: 179)

Terpulang kepada masing-masing, sama ada memilih kebebasan tanpa sempadan, atau mengikut sempadan kejadiannya yang ditetapkan oleh Tuhan Pencipta alam, masyarakat dan alam sekitar. Adalah salah berdasarkan perhitungan agama dan akal yang waras menganggap bahawa yang terbabas melanggar sempadan itu adalah kebebasan mengikut tafsirannya.

Lebih malang kalau sehingga tidak percaya pula adanya keputusan bagi manusia selepas kematian kerana tidak percaya kepada Allah dan melawan Tuhan yang menciptakannya dan alam seluruhnya.

Binatang juga ada sempadan tabiinya. Maka tidak ada undang-undang yang adil boleh mengizinkan binatang dan manusia yang berlagak seperti binatang itu melakukan sebebasnya di atas nama kebebasan sehingga merosakkan makhluk yang lain di sekelilingnya. Tuhan Pencipta berhak menghukum sesiapa sahaja yang melawan ciptaannya.

Allah Pencipta Alam yang Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap makhluknya, terus membuka pintu taubat seluas-luasnya, dengan sifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hanya kalangan manusia yang tidak sayang kepada dirinya sendiri sehingga terbabas dalam cara hidup yang menyebabkan kecelakaan di dunia dan menderita di akhirat.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Muharram 1439 / 27 September 2017