Thursday, January 15, 2009

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM

Ibnu Kathir dalam kitabnya Al-Bidayah wa An -Nihayah menyebut nama sebenarnya ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun. Ibnu Abbas r.a. kata bahawa Luqman adalah seorang hamba asal dari Habsyi bekerja sebagai tukang kayu. Ada ulamak kata Luqman berasal dari Nubah, bertubuh pendek dan hidung mancung. Ada ulamak yang kata Luqman dari negeri Sudan berhampiran negara Mesir. Ada pula yang kata Luqman seorang qadhi di zaman Nabi Daud a.s. Al-Quran tidak menyebut dengan pasti tentang Luqman al-Hakim ini.

Tetapi semua ulamak bersetuju bahawa Luqman al-Hakim seorang pendita yang dikurniakan Faslul Kitab dan Hikmat. Wasiat-wasiat Luqman kepada anaknya penuh hikmat dan benar, telah diabadikan Allah s.w.t. di dalam al-Quran untuk dijadikan wasiat juga bagi seluruh umat Islam, adalah firman Allah melalui lisan Luqman. Firm an Allah s.w.t.:

ولقد أتينا لقمان الحكمة أن اشكر لله ومن يشكر فإنما يشكر لنفسه وإن كفر فإن الله غني حميد (سورة لقمان 12

Ertinya: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan hikmat kepada Luqman iaitu bersyukur (kepngada Allah s.w.t.), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Surah Luqman: ayat 12). Luqman terkenal dengan nama Luqman al-Hakim kerana cakapan dan gerak-gerinya berhikmat.

Erti hikmat: Bahasa Melayu "kebijaksanaan".

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia DBP: "kuasa luar biasa (ghaib) pada sesorang atau sesuatu".

Kamus Arab al-Munjid erti hikmat: "cakap yang menepati kebenaran, falsafah, penguraian sesuatu perkara dengan tepat dan betul, keadilan, berilmu pengetahuan dan penyantun".

Prof. Dr. Hamka mengatakan bahawa hikmat ialah: "kesan yang tinggal dalam jiwa manusia dalam melihat pergantian di antara suka dan duka hidup, melihat kebahagian yang dicapai sesudah perjuangan melawan hawa nafsu, dan celaka yang didapati orang yang melanggar garis-garis kebenaran yang mesti ditempuh".

Seterusnya Dr. Hamka mengemukakan pendapat Imam Ar-Razi yang mengatakan bahawa hikmat ialah: "kesesuaian antara perbuatan dengan pengetahuan".

Maka tiap-tiap orang yang diberi taufik oleh Allah s.w.t. sesuailah perbuatan dengan pengetahuannya, atau amalan dengan ilmunya. Itulah orang yang telah mendapat kurnia hikmat.

Hamba yang diberi setitik ilmu oleh Allah s.w.t. dengan kehendakNya ialah ahli hikmat, tidak bercakap atau bertindak melainkan kerana Allah dan benar belaka. Cita-citanya hanya satu iaitu mencari keredhaan Allah, dan kemuncak dari seluruh hikmat sejatinya ialah taqwa kepada Allah (Ra'su al hikmati makhafatullah). [Kitab Wasiat-Wasiat Luqman Al-Hakim oleh Fathullah Al-Hafnawi]








Thursday, January 8, 2009

Iskandar Malaysia - kita melopong

Jorakelokai has left a new comment on the post "SALAM PERKENALAN":

Kalau diirek, diuli ,dicanai,direnong didalam kitab pada dua ketiga dekat akan datang wilayah Iskandar ada kemungkinan besar akan tergadai ketangan kuasa asing,itu jam orang Johor tangkap lopong sambil menyesali apa yang telah dibuat aleh pemimpin2 terdahulu mereka yang gila mengejar kemajuan dengan membawa pelabur2 asing dikatakan membawa keuntungan pada ekonomi negara dan raayat boleh mendapat hasil limpahannya.
Kurenong2 dalam kitab raayat Malaysia akan dapat malu besar sekali lagi apabila kehilangan wilayah yang dibangakan hari ini.
Malu yang terkini maseh terpalit belum terhapus dimuka raayat yang cintakan tanah air
petaka kecundang mempertahankan Pulau Bt.Puteh nan sekangkang kera apa jaminan untuk menyelamatkan sebuah wilayah yang sarat dengan harta yang akan bukan milik kita.

Post a comment.

Unsubscribe to comments on this post.

Posted by Jorakelokai to CorongKita at January 7, 2009 2:02 AM

Structure Plan Failure

I was told in 1980 the Johor Government employed Japanese consultant to make 20-year structure plan for Johor Bahru town. The consultant fee was about RM 1 million. The outcome of the plan were to be constructed outer ring roads, viaducts at various traffic jam junctions, Singapore LRT terminal at Plaza Best World, etc. Many of my Singapore friends comtemplated to invest here. Now the name of the hypermarket has been changed to "Danga" something. The luxury Hayyat is sold to the company and will be renamed.

Sadly, the plan was put aside by the authorities. Instead they "swastakan" Danga Bay where bumi equity then was only 11%.

Now the Danga Bay Co. Ltd. whose directors are Singaporeans, had initially pumped in capital to about RM 4 billion. Local directors therefore could not cope with the increase. As a result local citizens "melopong".

Not long ago 6 foreigners from Japan chartered a tourist bus to Bandar Nusa Jaya in Gelang Patah to look for housing lot. Each vacant lot costs RM 6 million. There is a "Green Zone" like the one in Iraq there walled around about 1/2 km sq. known as "Arab Village". The village is out of bound to anybody.

Each bungalo house in Plentong costs RM 800 thousand. Many local residents cannot afford to buy. I am really surprised how the ruling elites of Johor feel so proud of the ISKANDAR MALAYSIA.

Monday, January 5, 2009

Massage chair

I ordered the massage chair in package of 3 items costing RM6488. The credit installments of 12 months settled only in one payment. The goods have not arrived yet.

Sunday, January 4, 2009

Sumbanganku

Aku infak kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Kempas 2 katil bujang serta tilam.

Mohd. Khair datang bersama Saiful dan Saufuddin Ismail mengambilnya di rumah ku 9 malam diangkut dengan lori Saifuddin.

Sebelum ini aku menginfak 10 kerusi plastik dan beberapa meja lipat kepada PAR diangkut dengan Hilux Suhaizan Kaiat, Penasihat PAR, dari Bandar Selesa Jaya, Johor Bahru.

Pada 1/11/2008 aku beli 2 mesin penghawa dingin York dua dan satu kuasa kuda masing-masing berharga RM2,100/- dan RM1,100/-. Kos pasang termasuk senggara sebuah yang lama berjumlah RM3,490/-, yang dijanji akan dibayar balik kepada ku di masa akan datang.

Fauziah infak 3 bidang screen kain yang boleh di alih.

Hjh. Noriah infak RM100/- sebulan daripada duit sewa rumahnya di Bandar Selesa Jaya yang diurus Mohd. Khair Yusof.