Wednesday, February 29, 2012

SEBAB UMNO TIDAK BOLEH MENANG DI PULAI

Satu kejutan yang menjadi sejarah akan berlaku.

Kekalahan Umno/Bn tidak dapat dielakkan. Ini dapat dilihat berlaku di Parlimen Pulai, DUN Kempas dan DUN Rinting PRU-13 yang akan diadakah tidak berapa lama lagi. Melainkan jika diizinkan Allah S.W.T. mereka menipu.

Umno/Bn akan dilihat tewas pada lazimnya kalau pilihanraya dijalankan secara adil, kalau pertandingan dijalankan atas padang yang sama rata.

Dalam Umno, yang berkrisis ialah muslimnya, bukan Islamnya. Di sana kita lihat perpechan berlaku antara ahli muslim Umno sebagai pembawa Islam itu sendiri.

Islam yang sahih, ialah penganutnya mesti berdakwah menyampaikan kesyumulan Islam. Penganut Islam wajib atas dirinya mengetahui (kalau bukan hafiz) kitab Allah, dan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan Allah Taala pertanggungjawabkan kepada penganut Islam supaya mengetahui kitabNya bagaimana firmanNya: (إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون – الحجر : 9). Demikian juga jaminan kepada yang mengetahui sunnah Rasulullah s.a.w. bagaimana kata Al-Imam Al-Shatibi “adalah ianya mampu menerang (sunnah) dengan betul dengan meyakinkan kesasihan akan keterangannya”.

Sifat ini tidak ada pada Umno muslim. Manusia lihat pada zahirnya Umno muslim berakidah, beribadah, berakhlak dan bercara hidup Islam. Seperti sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. , mereka sentiasa ber’quran’ dan ber’sunnah’ dengan luasnya dalam segala urusan setiap hari. Adakah kita lihat Umno muslim seperti ini? Tiada! Mereka adalah seperti mana kata hadith riwayat Abi Daud, r.a. : ( كثرة كغثاء السيل ). Maananya mereka umpama “buih dalam sungai”. Walau pun Umno muslim ramai, tapi hanyut ke mana saja ditiup angin atau dibawa arus air sungai. Tiada tujuan, tiada matlamat. Kerapuhannya jelas sekali, bila besar sangat pecah, atau tersentuh benda keras juga pecah. Di sinilah perpecahan antara muslim yang memikul Islam.

Muslim sebenar ialah seperti mereka yang menghidupkan Islam. Setiap hari bermuamalat cara Islam, bertanggung atas beban adalah zahirnya, berfikir Islam dalam fikirannya, beraqidah mencari penyelesaian dalam hatinya, beribadah soleh kepada tuhannya, dan berakhlak kamil dalam hidupnya. Sifat-sifat ini hanya terdapat pada ahli-ahli PAS Pulai khasnya dan PAS Johor amnya. Takbir!

Sunday, February 26, 2012

KESAN KEMPEN MUSIK

Fitrah sukakan hiburan muzik, khasnya pemuda, berkembang dengan pesat sekarang. Pendapat negative sesetengah ulamak terhadap hiburan muzik, sekarang bersetuju pula bahawa hiburan muzik adalah harus.

Pada Sabtu Februari 25, 2012, Pulai di gegarkan dengan konsert rock ‘Logam’ terbitan Kumpulan Anak Muda Pulai (KAMP). Konsert dimulai 9.00 malam di Petempatan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kempas, Pulai, Johor Bahru.

Tetamu jemputan malam itu, Syam Kamikaze, telah mempersonakan penuntun atas bakatnya bermain elektrik guitar. Sebelumnya, beliau beri penerangan kepada ahli-ahli muzik tentang pentingnya berhibur mengikut syariat Islam. Solat hendaklah diutamakan. Tidak boleh bercampur lelaki/perempuan, dan tidak boleh nanyi lyric lucah.

Sekarang ini antara ramai seniman yang sokong PAS ialah Itoh, Bob Lokman, Ustaz Don Danial, Ustaz Azahar Idrus, dll.

Suhaizan Kaiat dalam ucaptamanya antara lain telah bergurindam seperti berikut:--

“Anak orang masuk university, anak kita masuk pusat serenti.
Orang rasuah naik pangkat, kita rasuah masuk lokap.
Orang dapat pampasan pindah rumah RM39,000, kita dapat sifar ribu, …”

Pada 1993 saya bertanya Tuan Guru Dato Nik Aziz (TGNA) waktu beliau ceramah di Johor Bahru tentang musik. TGNA kata musik tidak haram. Syaratnya mesti ikut syariat Islam iaitu bagaimana saranan saudara Syam Kamikaze tadi. TGNA pernah menjemput Mawi, Akil Khay dan kumpulan nasyid Raihan ke Kota Baru tahun 2005? Waktu itu Mawi baru saja menjuarai konsert AF3 anjuran Astro.

Sejarah music ada menyatakan bahawa tujuan asal muzik ialah untuk khusuk menyembah berhala. Dua jenis muzik ialah “muzik vocal (suara)” dan “muzik instrumental (alat)”. Apabila sampai masa rhythm (rentak) diperlukan, maka mereka gunan ‘percussion’ (gendang). Pemuzik Arab jahiliah pertama ialah Al Faranbi. Kehebatan beliau bermain gambusnya ialah beliau boleh membuat pendengar ‘ketawa’, ‘menangis’ atau ‘tidur’ atau 'menari'.

Subhana Allah! Membaca al-quran dengan teranum boleh dianggap sebagai ‘vocal music’.

Music yang khusyuk didengar jadi rosak apabila mereka di Barat membawa masuk 24 violin ke dalam gereja. Tujuan asal untuk khusyuk menyembah tuhan bertukar kepada pemujaan manusia dalam bercinta. Suara (sound) muzik adalah seperti lukisan boleh mempamer kepada pendengar samada berupa ‘factual’, ‘abstract’ atau ‘karakatur' sesuatu benda.

Di Malaysia belum ramai lagi yang faham terjemahan classical music. Di Negara barat muzik boleh menumbangkan sesuatu kerajaan.

Sebagai contoh, Beethoven (Ludwig van) 1770-1827 (The Concise Oxford Dictionary of Music) sangat bencikan pemerintah negaranya, Germany, yang zalim dan mendera rakyatnya. Sesiapa yang menulis atau bersuara menentang dibunuh.

Hasrat pemberontakan Beethoven disampaikan melalui muziknya ‘in E flat the Eroica, q.v., op. 55, composed 1804'. Pemerintah zalim German ketika itu tidak faham kempen rahsia Beethoven ini. Idola Beethoven ialah Napoleon Bonaparte, 1769-1821, (Encyclopedia Britannica, volume 16).

Rakyat yang mendengar simfoni ini memberontak lalu menerima Napoleon masuk-tawan Negara mereka dan membebaskan mereka dari tekanan zalim.

Insya Allah bermula dengan KAMP dan dengan Kumpulan Logamnya, PAS menang Parlimen Pulai khasnya dan tawan Johor amnya PRU13 ini.

Tuesday, February 21, 2012

Masaalah 'Swing' Pengundi Pulai ke PR

Mindset yang terbentuk begitu lama (54 tahun) membuatkan ramai memihak kepada Umno/BN. Di Parlimen Pulai pengundi Melayu ada dalam sekitar 60% dan antaranya yang ber’mindset’ ini. Antara ramai pengundi Melayu di Parlimen Pulai ialah terdiri kakitangan kerajaan. Mereka yang masih bekerja dan yang sudah bersara. Mereka yang senior dan pesara tidak terdedah kepada media alternatif, samada citak atau elektronik. Pegawai Tadbir Johor (JCS) dan lain-lain pegawai tinggi Persekutuan memang selamanya kena bekerjasama dengan MB dan ExCo menjalankan dasar kerajaan. Inilah fenomena yang dihadapi Salahauddin Ayub dan Suhaizan Kaiat PRU 13 akan dating ini. Selama mereka berkhidmat dengan kerajaan, mereka kena akur segala arahan ‘boss’ walau pun berlaku penyelewengan. Mereka telah ditarbiahkan: “The boss is not always right, but he is the boss”. Dalam berkhidmat sedemikian rupa, sisa-sisa habuan rasuah oleh pihak berkuasa dapat juga dijamah mereka. Maka terbentuklah mindset yang kerajaan Umno/Bn menyenangkan hidup mereka. Mereka tidak terasa sangat yang gaji bulanan hanya ala kadar. Layanan baik Exco2 kerajaan dan habuan yang sementara melegakan sedikit sebanyak kehidupan mereka. Mereka tidak percaya yang kerajaan PR boleh ubah hidup mereka kepada lebih baik lagi. Pegawai-pegawai ini tidak tinggal solat berjemaah di mesjid-mesjid. Majlis baca surah yaasin setiap malam Jumaat dengan makanan lazat adalah rutin mereka. Budaya al-quran setiap lepas solat maghrib. Yang peliknya, bekas mufti Johor, Dato Noh Gadut, tidak mahu jadi naqib. Akhirnya, sama-samalah kita fikirkan bagaimana kedua calun kita Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat boleh mendekati mereka.

Sunday, February 19, 2012

MATINYA PARASIT DI KAWASAN PULAI

1. Sejarah PAS Kawasan Pulai sangat menarik. Ia boleh dijadikan iktibar bagi seluruh kawasan di Johor. Parasit (pinjam kata bekas ahli PAS Dato Dr. Hasan Ali) ujud di Pulai. Syukur alhamdulillah parasit ini akan mati selepas PRU 13.

2. Bila Suhaizan Kaiat dicalunkan DUN Kempas 2008, parasit mula jadi kurus. Insya Allah, parasit akan mati seluruhnya bila Y.B. Salahudin Ayub dicalunkan Parlimen Pulai dan Suhaizan Kaiat DUN Kempas PRU 13 ini. 

3. Sejarah: Ustaz Md. Shah bin Lamat, bekas YDP Pulai, berpindah ke Kawasan Gelang Patah awal 1995. Ini berlaku kerana persempadanan baru oleh SPR. Gelang Patah adalah kawasan baru yang diujudkan. Hanya Cawangan Kobena saja yang tinggal dalam Pulai. 

4. Hj. Aminulhuda bin Hasan, ketua pemuda ketika itu, ikut sama berpindah ke Gelang Patah. Untuk mengisi kekosongan, saya dipilih YDP Pulai dalam mesyuarat agong pertama 1995 mangalahkan Ustaz Abu Bakar Othman, bekas pensyarah di UTM, Skudai, dan kemudiannya pernah jadi Ahli Parlimen PAS, Jerlun, Kedah. 

 5. Mesyuarat pertama PAS Kawasan Pulai diadakan 20.5.1995 (Sabtu) di No. 51, Jalan Rajawali, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru. Markaz Pulai ialah No. 14, Jalan 24/2, Taman Dahlia, 81200 Johor Bahru. Pemuda tubuh PASTI Al-Irsyad di situ dengan sewa RM500.00 sebulan. Dr. Abd. Halim Abdul infaq perabot bernilai RM10k kepada markaz itu. 

 6. Dalam saya membina jawatankuasa mantap, ada juga gulungan yang petingkan nafsu. Sambil minum teh tarik, mereka merancang supaya Abdul Hafiz Sulaiman, Ketua Pemuda, ‘dibubuh’ bertanding YDP Pulai tahun 1999. Abdul Hafiz menang jawatan YDP dalam mesyuarat agong yang diadakan satu bulan sebelum PRU 1999. 

7. Mereka yang bernafsu ini tidak hiraukan nasihat saya supaya tangguh pertandingan Abdul Hafiz selepas PRU 1999. Apatah lagi mustahaknya ditangguh ialah kerana PAS ketika itu meletakkan calunnya di DUN Kempas iaitu Haji Mohidin Yahaya bin Hj. Shamsudin, Ketua Cawangan BBU Perumahan. Beliau ahli perniagaan berkelulusan ijazah ekonomi dari Universiti Malaya. 

 8. Golong yang bernafsu tinggi ini dibutakan mata mereka walau pun saya bacakan nukilan Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ahya Ulumu Addin’. Saya baca juga kata Khalifah Umar Abdul Aziz, “ من عمل على غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح " 

9. Abdul Hafiz Sulaiman letak jawatan YDP Pulai dalam masa setahun. Haji Aminulhuda Hassan, TPJ, pangku jawatan YDP Pulai. Kenapa tidak timbalannya, Cikgu Ishak Abd. Rahman? Atau pun AJK lain? Maka andaiannya ialah Hj. Aminulhuda telah merancang dan membutakan mata dan akal mereka termasuk ustaz-ustaz. 

10. Modus operandi ialah Haji Atan Ahmad mesti dipinggirkan. Hj. Aminulhuda, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, jadi dalang besar dalam konspirasi ini. Beliau membantu kroninya Abdullah Ideris supaya memegang jawatan YDP Pulai. 

11. Kalau dilihat pada sokongan saya, mereka akan tewas. Mereka sanggup ‘manipulate’ dengan membawa undi hantu dalam mesyuarat agong. Bukan kerana Pulai selamat tapi kerana kroni Abdullah Ideris mesti dimenangi untuk jawatan YDP Pulai. 

 12. Rombongan muslimat berkunjung ke rumah Hj. Aminulhuda, TPJ Johor, lalu diberitahu olehnya ‘Haji Atan sudah tua. Tidak relevan lagi’. 

13. Alhamdulillah. Saya sujud syukur. Tanggungjawab saya kepada Allah Taala berjihad dalam PAS selesai. Saya berdoa agar Allah Taala beri keberkatan kepada ‘pimpinan baru’ yang kesahihannya boleh diragui. Allah Taala Maha Berkuasa dan menentukan segala-galanya. 

14. Mereka yang bernafsu itu tidak dapat ‘memparasit’ individu-individu terpelajar dan professional yang karib dengan saya. Mereka tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang bekerja mengikut nafsu, sedikit ilmu dan hidayah. Sahabat karib saya turut meminggirkan diri bersama saya. Sangkaan mereka yang saya terpinggir saorang diri meleset sama sekali. 

 15. Insya Allah, Suhaizan Kaiat dan Y.B. Salahudin Ayub penyelamat PAS Kawasan Pulai. Suhaizan sudah bertapak sejak 2008 bertanding DUN Kempas. 

16. Kini Y.B. Salahudin Ayub bertanding Parlimen Pulai PRU 13 bersama Suhaizan. 

17. Maka parasit-parasit di Pulai tadi akan mati satu persatu. Wa Allahu a’lam.