Saturday, April 23, 2011

Kenapa Melayu jadi miskin? Alahai Perkasa!

Lebih 5 dekad silih berganti president dan timbalan presiden Umno jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Kuasa penuh ditangan mereka untuk membuat polisi berpengaruh menentukan nasib masa depan Melayu.
Di Malaysia setiap Menteri Pelajaran sejak merdeka ialah dari Umno. Setiap Menteri Kewangan selepas Tun Tan Siew Sin adalah orang Umno. Setiap Menteri Pembangunan Luar Bandar dari Umno. Kabinet didominasi pemimpin-pemimpin Umno.
Bagaimana dengan lebatnhya wakil-wakil Umno dalam kabinet majoriti besar Melayu boleh tercabut  hak mereka dan jadi miskin? Bagaimana Umno, bersedia untuk memajukan kepentingan Melayu, boleh membenarkan kecuaian ini?
Dominasi Umno dalam Barisan Nasional yang memegang zip kocek kekayaan negara. Kenapa kekayaan tidak di bahagi kepada yang miskin juga? Kenapa si rakus sapu semuanya? Adakah ini berlaku tanpa pengetahuan pemimpin-peminpin Umno?
Janganlah disalahkan non-Melayu yang tiada suara dalam membuat polisi kerajaan; Umnolah yang patut dipersalahkan. Siapa yang boroskan kekayaan negara dengan projek-projek prestij dalam masa sama pinggirkan Melayu miskin? Siapa "bailed out crony businessmen" dengan menghapuskan berbilion ringgit? Ia adalah Umno bukan orang lain. Kalau Melayu miskin, ia adalah disebabkan oleh Umno. Jangan tuduh orang lain.
Suatu pelajaran serius yang patut dipelajari dari pandangan John F. Kennedy: "If a free society cannot help the many who are poor, it cannot save the few who are rich."