Friday, June 5, 2009

VW - Layanan Yang Tidak Memuaskan

Saya terkilan perkara yang tidak disangka berlaku di Alor Star Khamis 4hb. Jun, 2009, apabila layanan yang beri staf VW tidak memuaskan.

Kereta VW Beetle saya model 2008 JKU 5565 hari itu kekurangan minyak lubricant. Saya talipon ibu pejabat VW di Petaling Jaya No. 03 7954 3467 apabila lampu amaran menunjukkan kekurangan minyak lubricant menyala beberapa kilometer sebelum tiba di Alor Star.

Minyak Castrol 540 fully synthetic yang diberitahunya tidak dapat dibeli di Alor Star dan agent VW terdekat ialah di Auto World, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Oleh yang demikian kira-kira jam 3.00 petang hari itu, saya pandu ke Bukit Mertajam selamat sampai kurang lebeh 6.00 petang.
Saya disuruh berhubung Encik Selamat (mekanik - h/p no. 012 490 9331) oleh Encik Alan Tan (Sales Executive) tetapi tidak berjawab walau pun beberapa kali panggilan dibuat. Kemudian saya berhubung Encik Joe Kim (Branch Manager - h/p no. 012 499 1331) yang juga diberi Encik Alan Tan. Apabila diberitahu kegagalan saya berhubung Mechanic Encik Selamat maka Encik Joe Kim nasihatkan saya supaya gunakan minyak pelincir Petronas Syntium Fully Synthetic sebagai alternatif.
Yang ikut bersama saya dari Johor Bahru sejak 3/6/2009 ialah isteri saya Hajjah Noriah Bahari dan Fauziah Che Yusoff. Anak angkat Yusnita Yusof ikut dari Alor Star mengajak kami menemui ibunya di Baling, Kedah.
Sepatutnya awal-awal lagi pihak Ibu Pejabat VW di Petaling Jaya memaklumkan saya tentang minyak pelincir alternatif ini. Ketidakcekapan sedemikian rupa yang dilakukan oleh individu di Ibu Pejabat VW Petaling Jaya boleh mencemarkan kelarisan jualan kereta VW yang bagus ini. Sepatutnya saya sebagai pemilik diberi layanan professional yang sewajarnya.
Cawangan Jualan VW di Johor Bahru tutup kerana kurang pelanggan. Kenderaan VW bagus tetapi harganya agak tinggi. Orang akan beli barang baik kiranya baik after sale service.

No comments: