Thursday, August 19, 2010

PEMUDA PAS - CARA MEMPERKASAKANYA

Pemuda Pas perlu agresif dan proaktif di negeri Johor ini. Mereka hendaklah ditambah perkasakan lagi.

Tumpuan saya ialah khasnya di kawasan Pulai dan Johor Bahru yang saya ketahui. Di kawasan lain saya kurang arif.

Gerakan memperkasa hendaklah dimulai sekarang. PRU 13 munkin berlaku selewat-lewatnya pertengahan tahun 2012. PAS sukar menang kerana bertanding di kawasan 'pinggir bandar' dan luar bandar. Di kawasan ini pengundi Melayu adalah majoriti. Maklumlah keadaan minda orang Melayu, susah hendak berubah.

Saudara Zaaba Ibrahim, Ketua Pemuda Pas Kawasan Pulai, hanya berpusing-pusing mencari perhentian atau pertemuan. Demikian juga saudara Mat Ariff Hassan, Ketua Pemuda Pas Kawasan Johor Bahru.

Apa yang berlaku sekarang. Sedarilah, wahai Pemuda, bahawa:
  • dari gerakan jemaah jahiliyah, tiada sanjungan kepada apa yang diturunkan Allah s.w.t.;
  • dari perjalanan berdakwah bina kekuatan, dipinggirkan di dalamnya Islam;
  • dari memberi penerangan kepada yang buta hati, cuba diuruskan dengan syariat Ar-Rahman;
  • daripada penipuan, mula diurus dan didakwah ikut jalan yahudi, freemason dan penjajah;
  • dan memesong minhaj Islam yang hak dan agama Allah yang abadi.
Kita berdakwah berorganisasi rabaniah dan mengajar Islamiah. Tapi sesungguhnya boleh dikatakan ianya dari contoh pimpinan Abu Jahal. Yang dicontohkan terhadap kafir Quresh dan kesempitan jahiliyah.

Kekuatan keujudan kamu bergantung kepada kesyumulan Islam. Diikat dengan minhaj dan hukum. Hidup dengan fadilat Allah s.w.t., taufik dan bersatu, membenarkan hak, berdiri adil, menentang kezaliman. Hormati manusia, fardukan makrifat, mengurus dunia dengan adil, kebaikan, dan mengalirkan bumi dengan 'madu' dan 'susu'.

Apa dikuatiri ialahPemuda dalam urusan persaudaraan imaniah, wahdatul Islamiah, syariat Allah ar-rabaniah dan al-quraniah .... mampukah zatnya menembusi hati, menamatkan akidah dan kejumudan jahiliyah, menikmati kekuatan jemaah dan hidup berkaramah. Dan pada zaman ini mampukah menegakan negara Islam yang agong?.

Jika kualiti sebegini dapat diwarisi, insya Allah, sekurang-kurangnya seribu pemuda dapat diujudkan bagi setiap kawasan.

"Datuk Presiden sebut saja, dan saya akan bawa beribu pemuda menentang musuh walau bertumpah darah sekalipun," kata Y.B. Sallahudin Ayub sewaktu beliau Ketua Pemuda Pusat dulu. Beliau adalah contoh "al-rijaal" yang berani yang dimiliki PAS.

Wahai Pemuda! Perdengarkanlah kepada dunia seruan kamu, minhaj dan jihad kamu bahawa "ALLAH MATLAMAT KAMI, RASUL IKUTAN KAMI, AL-QURAN DUSTUR KAMI, JIHAD JALAN KAMI, dan MATI FI SABILLAH IMAN DAN KESUDAHAN KAMI."

Rujukan: "Al-Qawamiah Fi Al-Islam" oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan.

Monday, August 16, 2010

KERUGIAN YANG DITEMPA PAS JOHOR

Tadika Al-Aqsa sekarang beroperasi dengan ditukar nama daripada PASTI An-Nur. Alamat No. 38 Jalan Padi Malinja 3, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru. Murid-murid serta alat pembelajaran dicuri Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru pada 25/5/2010. Mereka dipindahkan ke premis berdekatan. Tindakan serupa tapi tidak sampai merampas berlaku juga kepada berikut:
  1. Saleng, J. Bahru.
  2. Parit Sulung, Batu Pahat.
  3. Bandar Tenggara, Kota Tinggi.
  4. Pagoh, Muar.
  5. Taman Perling, Gelang Patah.
  6. Taman Dahlia, Johor Bahru
Kesemua PASTI tersebut ditukar atau akan ditukar nama tidak berapa lama lagi.

Hj Abdullah Hassan dilantik Pengerusi Tadika Al-Aqsa. Beliau dibantu oleh Setiausaha, Bendahari dan beberapa ahli jawatankuasa. Beliau dapat franchise daripada Tadika Agama Johor (TAJ). TAJ bersetuju membantu RM10 ribu setahun.

Hj Abdullah Hassan pernah menjawat Timbalan YDP PAS Kawasan Johor Bahru. Beliau berpengaruh, ramai kawan berada menderma kepada PAS Kawasan Johor Bahru dan Kawasan Pulai. Kira-kira RM100 ribu diinfak kepada markaz Johor Bahru beberapa tahun dulu. Beliau dan kawan-kawanya masih menderma kepada program-program PAS khasnya Pemuda hingga kini.

Puan Zalahah Mahmood mengurus tadika Parit Sulung. Beliau pernah Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat 2008-2009. Beliau juga pernah AJK Majlis Guru PASTI Pusat dan S/U Majlis Guru PASTI Johor.

Hubungan siraturrahim mereka dengan ibu-bapa dan masyarakat terjalin rapat. Mereka mengajak kepada sokongan PAS di negeri Johor. Terutama saudara Mohd Noh Ibrahim, Ketua PAS Cawangan Taman Dahlia. Beliau mengurus PASTI Ar-Irsyad. Puan Asnawati Nurbudin, Puan Aisyah Omar, Mazlan Aliman, Ustaz Kassim Ibrahim, kesemuanya pejuang 'hardcore' PAS kawasan masing-masing.

Persetujuan bersama mesyuarat 3/6/2010 antara PASTI Uda, PASTI Kawasan Johor Bahru dan Dewan Pemuda Negeri yang ditandatangani menyatakan:

  • "(a) PASTI Kawasan JB akan mengembalikan PASTI Uda ke tempat asal (PASTI Uda),
  • (b) Pentadbiran PASTI Kawasan JB akan ditadbir bersama antara PASTI Kawasan JB dan PASTI Cawangan Uda."

Persetujuan ini tidak dilaksana walau pun rayuan dibuat kepada Ketua Dewan Ulamak dan Dato PJ.

Kami berdoa kehadrat Allah S.W.T agar integrity yang tercemar ini dapat dipulihkan segera. Insya Allah.

Saturday, August 7, 2010

PAS JOHOR BELUM BERKALIBER

Parti alternatif Pakatan Rakyat, pada pendapat saya, harap saya salah, belum layak mentadbir negeri Johor GE13 ini.

Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru telah menceroboh PASTI An-Nur, Bandar Baru Uda, Jun 2010. 30 murid serta alat-alat pembelajaran dicuri dari premis No. 38 Jalan Padi Malinja 3, BBU. Murid-murid serta barang-barang curian dipindah ke bangunan berdekatan.

Persetujuan bersama dalam mesyuarat supaya dikembalikan semula curian tidak dilaksana hingga kini. Dokumen persetujuan ditandatangani Haji Abdullah Hassan & 2 orang (bagi pihak PASTI An-Nur), Arif & 2 orang (bagi pihak Pemuda PAS Johor Bahru), dan Suhaizan Kaiat (pengerusi) & 2 orang (bagi pihak Pemuda Negeri).

Tindakan serupa oleh Pemuda PAS Johor dilakukan juga ke atas PASTI lain dalam negeri Johor. Tapi tidaklah sedrastik di atas, dibenarkan beroperasi dengan ditukar nama ke tadika. PASTI terlibat ialah:

1. Di Pagoh 4 Pasti.
2. Al-Iman Parit Sulung.
3. Bandar Tenggara.
4. Ar-Rahman Taman Perling.
5. An-Nur BBU, dan
6. Ar-Irsyad Taman Dahlia.

Puan Zalahah Mahmood ialah pengurus Pasti Al-Iman Parit Sulong. Beliau pernah ahli lembaga pengarah Pasti Pusat 2008-2009. Juga AJK Majlis Guru Pasti Pusat dan Setiausaha Majlis Guru Pasti Johor 2005-2009.

Pemuda PAS Johor membisu di atas rayuan yang di buat. Ketua Dewan Ulamak Johor yang hadir dalam mesyuarat kedua pun tidak berhasil. Akhir-akhir ini Haji Abdullah Hassan dan rombongan berjumpa Pesuruhjaya PAS Johor.Tidak juga berhasil.

Jelas sekali pemimpin PAS Johor tidak berwibawa dan penakut. Mereka menjaga kepentingan kedudukan masing-masing. Mereka tidak belajar bagaimana JIM yang berjaya mengurus tadika mereka. Mereka tidak mencontohi mursyidul am, Tok Guru Nik Abdul Aziz, berani menegakan keadilan hingga berlaku munaqasyah perkasa PAS bila timbul kontroversi cadangan bersatu dengan UMNO.

Pemimpin-pemimpin PAS Johor belum ada kaliber dari segi ilmu, politik dan ihsan untuk memerintah negeri Johor.