2. Bila Suhaizan Kaiat dicalunkan DUN Kempas 2008, parasit mula jadi kurus. Insya Allah, parasit akan mati seluruhnya bila Y.B. Salahudin Ayub dicalunkan Parlimen Pulai dan Suhaizan Kaiat DUN Kempas PRU 13 ini.
3. Sejarah:
Ustaz Md. Shah bin Lamat, bekas YDP Pulai, berpindah ke Kawasan Gelang Patah awal 1995. Ini berlaku kerana persempadanan baru oleh SPR. Gelang Patah adalah kawasan baru yang diujudkan. Hanya Cawangan Kobena saja yang tinggal dalam Pulai.
4. Hj. Aminulhuda bin Hasan, ketua pemuda ketika itu, ikut sama berpindah ke Gelang Patah.
Untuk mengisi kekosongan, saya dipilih YDP Pulai dalam mesyuarat agong pertama 1995 mangalahkan Ustaz Abu Bakar Othman, bekas pensyarah di UTM, Skudai, dan kemudiannya pernah jadi Ahli Parlimen PAS, Jerlun, Kedah.
5. Mesyuarat pertama PAS Kawasan Pulai diadakan 20.5.1995 (Sabtu) di No. 51, Jalan Rajawali, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru.
Markaz Pulai ialah No. 14, Jalan 24/2, Taman Dahlia, 81200 Johor Bahru. Pemuda tubuh PASTI Al-Irsyad di situ dengan sewa RM500.00 sebulan. Dr. Abd. Halim Abdul infaq perabot bernilai RM10k kepada markaz itu.
6. Dalam saya membina jawatankuasa mantap, ada juga gulungan yang petingkan nafsu. Sambil minum teh tarik, mereka merancang supaya Abdul Hafiz Sulaiman, Ketua Pemuda, ‘dibubuh’ bertanding YDP Pulai tahun 1999. Abdul Hafiz menang jawatan YDP dalam mesyuarat agong yang diadakan satu bulan sebelum PRU 1999.
7. Mereka yang bernafsu ini tidak hiraukan nasihat saya supaya tangguh pertandingan Abdul Hafiz selepas PRU 1999. Apatah lagi mustahaknya ditangguh ialah kerana PAS ketika itu meletakkan calunnya di DUN Kempas iaitu Haji Mohidin Yahaya bin Hj. Shamsudin, Ketua Cawangan BBU Perumahan. Beliau ahli perniagaan berkelulusan ijazah ekonomi dari Universiti Malaya.
8. Golong yang bernafsu tinggi ini dibutakan mata mereka walau pun saya bacakan nukilan Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ahya Ulumu Addin’. Saya baca juga kata Khalifah Umar Abdul Aziz, “ من عمل على غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح "
9. Abdul Hafiz Sulaiman letak jawatan YDP Pulai dalam masa setahun. Haji Aminulhuda Hassan, TPJ, pangku jawatan YDP Pulai. Kenapa tidak timbalannya, Cikgu Ishak Abd. Rahman? Atau pun AJK lain?
Maka andaiannya ialah Hj. Aminulhuda telah merancang dan membutakan mata dan akal mereka termasuk ustaz-ustaz.
10. Modus operandi ialah Haji Atan Ahmad mesti dipinggirkan. Hj. Aminulhuda, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, jadi dalang besar dalam konspirasi ini. Beliau membantu kroninya Abdullah Ideris supaya memegang jawatan YDP Pulai.
11. Kalau dilihat pada sokongan saya, mereka akan tewas. Mereka sanggup ‘manipulate’ dengan membawa undi hantu dalam mesyuarat agong. Bukan kerana Pulai selamat tapi kerana kroni Abdullah Ideris mesti dimenangi untuk jawatan YDP Pulai.
12. Rombongan muslimat berkunjung ke rumah Hj. Aminulhuda, TPJ Johor, lalu diberitahu olehnya ‘Haji Atan sudah tua. Tidak relevan lagi’.
13. Alhamdulillah. Saya sujud syukur. Tanggungjawab saya kepada Allah Taala berjihad dalam PAS selesai. Saya berdoa agar Allah Taala beri keberkatan kepada ‘pimpinan baru’ yang kesahihannya boleh diragui.
Allah Taala Maha Berkuasa dan menentukan segala-galanya.
14. Mereka yang bernafsu itu tidak dapat ‘memparasit’ individu-individu terpelajar dan professional yang karib dengan saya. Mereka tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang bekerja mengikut nafsu, sedikit ilmu dan hidayah. Sahabat karib saya turut meminggirkan diri bersama saya. Sangkaan mereka yang saya terpinggir saorang diri meleset sama sekali.
15. Insya Allah, Suhaizan Kaiat dan Y.B. Salahudin Ayub penyelamat PAS Kawasan Pulai. Suhaizan sudah bertapak sejak 2008 bertanding DUN Kempas.
16. Kini Y.B. Salahudin Ayub bertanding Parlimen Pulai PRU 13 bersama Suhaizan.
17. Maka parasit-parasit di Pulai tadi akan mati satu persatu. Wa Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment