Tuesday, February 21, 2012
Masaalah 'Swing' Pengundi Pulai ke PR
Mindset yang terbentuk begitu lama (54 tahun) membuatkan ramai memihak kepada Umno/BN.
Di Parlimen Pulai pengundi Melayu ada dalam sekitar 60% dan antaranya yang ber’mindset’ ini.
Antara ramai pengundi Melayu di Parlimen Pulai ialah terdiri kakitangan kerajaan. Mereka yang masih bekerja dan yang sudah bersara. Mereka yang senior dan pesara tidak terdedah kepada media alternatif, samada citak atau elektronik.
Pegawai Tadbir Johor (JCS) dan lain-lain pegawai tinggi Persekutuan memang selamanya kena bekerjasama dengan MB dan ExCo menjalankan dasar kerajaan.
Inilah fenomena yang dihadapi Salahauddin Ayub dan Suhaizan Kaiat PRU 13 akan dating ini.
Selama mereka berkhidmat dengan kerajaan, mereka kena akur segala arahan ‘boss’ walau pun berlaku penyelewengan. Mereka telah ditarbiahkan: “The boss is not always right, but he is the boss”. Dalam berkhidmat sedemikian rupa, sisa-sisa habuan rasuah oleh pihak berkuasa dapat juga dijamah mereka. Maka terbentuklah mindset yang kerajaan Umno/Bn menyenangkan hidup mereka. Mereka tidak terasa sangat yang gaji bulanan hanya ala kadar. Layanan baik Exco2 kerajaan dan habuan yang sementara melegakan sedikit sebanyak kehidupan mereka. Mereka tidak percaya yang kerajaan PR boleh ubah hidup mereka kepada lebih baik lagi.
Pegawai-pegawai ini tidak tinggal solat berjemaah di mesjid-mesjid. Majlis baca surah yaasin setiap malam Jumaat dengan makanan lazat adalah rutin mereka. Budaya al-quran setiap lepas solat maghrib. Yang peliknya, bekas mufti Johor, Dato Noh Gadut, tidak mahu jadi naqib.
Akhirnya, sama-samalah kita fikirkan bagaimana kedua calun kita Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat boleh mendekati mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment