Fitrah sukakan hiburan muzik, khasnya pemuda, berkembang dengan pesat sekarang. Pendapat negative sesetengah ulamak terhadap hiburan muzik, sekarang bersetuju pula bahawa hiburan muzik adalah harus.
Pada Sabtu Februari 25, 2012, Pulai di gegarkan dengan konsert rock ‘Logam’ terbitan Kumpulan Anak Muda Pulai (KAMP). Konsert dimulai 9.00 malam di Petempatan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kempas, Pulai, Johor Bahru.
Tetamu jemputan malam itu, Syam Kamikaze, telah mempersonakan penuntun atas bakatnya bermain elektrik guitar. Sebelumnya, beliau beri penerangan kepada ahli-ahli muzik tentang pentingnya berhibur mengikut syariat Islam. Solat hendaklah diutamakan. Tidak boleh bercampur lelaki/perempuan, dan tidak boleh nanyi lyric lucah.
Sekarang ini antara ramai seniman yang sokong PAS ialah Itoh, Bob Lokman, Ustaz Don Danial, Ustaz Azahar Idrus, dll.
Suhaizan Kaiat dalam ucaptamanya antara lain telah bergurindam seperti berikut:--
“Anak orang masuk university, anak kita masuk pusat serenti.
Orang rasuah naik pangkat, kita rasuah masuk lokap.
Orang dapat pampasan pindah rumah RM39,000, kita dapat sifar ribu, …”
Pada 1993 saya bertanya Tuan Guru Dato Nik Aziz (TGNA) waktu beliau ceramah di Johor Bahru tentang musik. TGNA kata musik tidak haram. Syaratnya mesti ikut syariat Islam iaitu bagaimana saranan saudara Syam Kamikaze tadi. TGNA pernah menjemput Mawi, Akil Khay dan kumpulan nasyid Raihan ke Kota Baru tahun 2005? Waktu itu Mawi baru saja menjuarai konsert AF3 anjuran Astro.
Sejarah music ada menyatakan bahawa tujuan asal muzik ialah untuk khusuk menyembah berhala. Dua jenis muzik ialah “muzik vocal (suara)” dan “muzik instrumental (alat)”. Apabila sampai masa rhythm (rentak) diperlukan, maka mereka gunan ‘percussion’ (gendang). Pemuzik Arab jahiliah pertama ialah Al Faranbi. Kehebatan beliau bermain gambusnya ialah beliau boleh membuat pendengar ‘ketawa’, ‘menangis’ atau ‘tidur’ atau 'menari'.
Subhana Allah! Membaca al-quran dengan teranum boleh dianggap sebagai ‘vocal music’.
Music yang khusyuk didengar jadi rosak apabila mereka di Barat membawa masuk 24 violin ke dalam gereja. Tujuan asal untuk khusyuk menyembah tuhan bertukar kepada pemujaan manusia dalam bercinta. Suara (sound) muzik adalah seperti lukisan boleh mempamer kepada pendengar samada berupa ‘factual’, ‘abstract’ atau ‘karakatur' sesuatu benda.
Di Malaysia belum ramai lagi yang faham terjemahan classical music. Di Negara barat muzik boleh menumbangkan sesuatu kerajaan.
Sebagai contoh, Beethoven (Ludwig van) 1770-1827 (The Concise Oxford Dictionary of Music) sangat bencikan pemerintah negaranya, Germany, yang zalim dan mendera rakyatnya. Sesiapa yang menulis atau bersuara menentang dibunuh.
Hasrat pemberontakan Beethoven disampaikan melalui muziknya ‘in E flat the Eroica, q.v., op. 55, composed 1804'. Pemerintah zalim German ketika itu tidak faham kempen rahsia Beethoven ini. Idola Beethoven ialah Napoleon Bonaparte, 1769-1821, (Encyclopedia Britannica, volume 16).
Rakyat yang mendengar simfoni ini memberontak lalu menerima Napoleon masuk-tawan Negara mereka dan membebaskan mereka dari tekanan zalim.
Insya Allah bermula dengan KAMP dan dengan Kumpulan Logamnya, PAS menang Parlimen Pulai khasnya dan tawan Johor amnya PRU13 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment