Parti alternatif Pakatan Rakyat, pada pendapat saya, harap saya salah, belum layak mentadbir negeri Johor GE13 ini.
Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru telah menceroboh PASTI An-Nur, Bandar Baru Uda, Jun 2010. 30 murid serta alat-alat pembelajaran dicuri dari premis No. 38 Jalan Padi Malinja 3, BBU. Murid-murid serta barang-barang curian dipindah ke bangunan berdekatan.
Persetujuan bersama dalam mesyuarat supaya dikembalikan semula curian tidak dilaksana hingga kini. Dokumen persetujuan ditandatangani Haji Abdullah Hassan & 2 orang (bagi pihak PASTI An-Nur), Arif & 2 orang (bagi pihak Pemuda PAS Johor Bahru), dan Suhaizan Kaiat (pengerusi) & 2 orang (bagi pihak Pemuda Negeri).
Tindakan serupa oleh Pemuda PAS Johor dilakukan juga ke atas PASTI lain dalam negeri Johor. Tapi tidaklah sedrastik di atas, dibenarkan beroperasi dengan ditukar nama ke tadika. PASTI terlibat ialah:
1. Di Pagoh 4 Pasti.
2. Al-Iman Parit Sulung.
3. Bandar Tenggara.
4. Ar-Rahman Taman Perling.
5. An-Nur BBU, dan
6. Ar-Irsyad Taman Dahlia.
Puan Zalahah Mahmood ialah pengurus Pasti Al-Iman Parit Sulong. Beliau pernah ahli lembaga pengarah Pasti Pusat 2008-2009. Juga AJK Majlis Guru Pasti Pusat dan Setiausaha Majlis Guru Pasti Johor 2005-2009.
Pemuda PAS Johor membisu di atas rayuan yang di buat. Ketua Dewan Ulamak Johor yang hadir dalam mesyuarat kedua pun tidak berhasil. Akhir-akhir ini Haji Abdullah Hassan dan rombongan berjumpa Pesuruhjaya PAS Johor.Tidak juga berhasil.
Jelas sekali pemimpin PAS Johor tidak berwibawa dan penakut. Mereka menjaga kepentingan kedudukan masing-masing. Mereka tidak belajar bagaimana JIM yang berjaya mengurus tadika mereka. Mereka tidak mencontohi mursyidul am, Tok Guru Nik Abdul Aziz, berani menegakan keadilan hingga berlaku munaqasyah perkasa PAS bila timbul kontroversi cadangan bersatu dengan UMNO.
Pemimpin-pemimpin PAS Johor belum ada kaliber dari segi ilmu, politik dan ihsan untuk memerintah negeri Johor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Azahar Jalil sms kepada Faizi & Faizul: "Kalau dah hebat sangat kami cabar DPPNJ Johor ambil semua PASTI persendirian termasuk pasti Dato' PJ..Jangan double standard seperti UMNO."
Penceroboh & kecurian berlaku 21/5/2010 hari Jumaat. Kesemua 58 murid pasti & alat-alat pembelajaran dicuri.
Mesyuarat pertama 3/6/2010 dipengerusikan Suhaizan Kaiat, Timb. Ketua DPPNJ, selepas mengimamkan solat hajat 9.00 malam di PAR Kempas, Taman Dahlia.
Post a Comment