Monday, August 16, 2010

KERUGIAN YANG DITEMPA PAS JOHOR

Tadika Al-Aqsa sekarang beroperasi dengan ditukar nama daripada PASTI An-Nur. Alamat No. 38 Jalan Padi Malinja 3, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru. Murid-murid serta alat pembelajaran dicuri Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru pada 25/5/2010. Mereka dipindahkan ke premis berdekatan. Tindakan serupa tapi tidak sampai merampas berlaku juga kepada berikut:
  1. Saleng, J. Bahru.
  2. Parit Sulung, Batu Pahat.
  3. Bandar Tenggara, Kota Tinggi.
  4. Pagoh, Muar.
  5. Taman Perling, Gelang Patah.
  6. Taman Dahlia, Johor Bahru
Kesemua PASTI tersebut ditukar atau akan ditukar nama tidak berapa lama lagi.

Hj Abdullah Hassan dilantik Pengerusi Tadika Al-Aqsa. Beliau dibantu oleh Setiausaha, Bendahari dan beberapa ahli jawatankuasa. Beliau dapat franchise daripada Tadika Agama Johor (TAJ). TAJ bersetuju membantu RM10 ribu setahun.

Hj Abdullah Hassan pernah menjawat Timbalan YDP PAS Kawasan Johor Bahru. Beliau berpengaruh, ramai kawan berada menderma kepada PAS Kawasan Johor Bahru dan Kawasan Pulai. Kira-kira RM100 ribu diinfak kepada markaz Johor Bahru beberapa tahun dulu. Beliau dan kawan-kawanya masih menderma kepada program-program PAS khasnya Pemuda hingga kini.

Puan Zalahah Mahmood mengurus tadika Parit Sulung. Beliau pernah Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat 2008-2009. Beliau juga pernah AJK Majlis Guru PASTI Pusat dan S/U Majlis Guru PASTI Johor.

Hubungan siraturrahim mereka dengan ibu-bapa dan masyarakat terjalin rapat. Mereka mengajak kepada sokongan PAS di negeri Johor. Terutama saudara Mohd Noh Ibrahim, Ketua PAS Cawangan Taman Dahlia. Beliau mengurus PASTI Ar-Irsyad. Puan Asnawati Nurbudin, Puan Aisyah Omar, Mazlan Aliman, Ustaz Kassim Ibrahim, kesemuanya pejuang 'hardcore' PAS kawasan masing-masing.

Persetujuan bersama mesyuarat 3/6/2010 antara PASTI Uda, PASTI Kawasan Johor Bahru dan Dewan Pemuda Negeri yang ditandatangani menyatakan:

  • "(a) PASTI Kawasan JB akan mengembalikan PASTI Uda ke tempat asal (PASTI Uda),
  • (b) Pentadbiran PASTI Kawasan JB akan ditadbir bersama antara PASTI Kawasan JB dan PASTI Cawangan Uda."

Persetujuan ini tidak dilaksana walau pun rayuan dibuat kepada Ketua Dewan Ulamak dan Dato PJ.

Kami berdoa kehadrat Allah S.W.T agar integrity yang tercemar ini dapat dipulihkan segera. Insya Allah.

No comments: