Monday, September 4, 2017

Tetamu Fadhli

Fadhli bin Hj. Che Yusoff bersama isteri Nadirah dan adik ipar Fauzan datang ke rumah tengah hari Isnin 4hb September, 2017.

Fadhli, kerana jemu makan daging kurban, mohon kakaknya, Fauziah binti Hj. Che Yusoff, memasak ikan. Maka sekembali dari pasar Kip Mart, Jalan Skudai, Johor Bahru, kakaknya memasak steam ikan siakap besar untuk makan tengah hari.

Sebenarnya Fadhli, baru sehari kembali dari Kelantan bekerja di Kulai Jaya,  melaksanakan tanggungjawab menyampurnakan amanah Mek Kelantan hantar daging kuraban ke anaknya di Johor.

Mek telah melaksana ibadah kurban di Kelantan hariraya aidiladha pertama iaitu pada 1hb September, 2017.

Mek kirim daging kurban tersebut ke Johor melalui Fadhli yang kebetulan hendak pulang bertugas ke Kulai Jaya, Johor.

Mereka rasa sangat puas hati dan bersyukur kepada Allah swt kerana tercapai cita-cita khasnya Fadhli serta rombongan dapat makan ikan siakap steam yang lazat.

No comments: