Wednesday, September 20, 2017

DAP, PKR bantah DBKL

Better Beer: Isu panas minggu ini.Ia bukan isu menghalang hak orang bukan Islam untuk minum arak, tidak sama sekali. Ia hanya satu pesta untuk kapitalis arak mempromosi arak mereka. Tanpa ada pesta ini pun, sesiapa juga boleh berkunjung ke kedai arak untuk minum arak. Namun ini berkaitan implikasi yang akan timbul dari pesta minum arak besar-besaran. Dari jangkaan 3000 orang yang akan hadir, andaikan hanya 20% sahaja yang mabuk tanpa boleh dikawal. Itu sudah cukup boleh menimbulkan huru hara. Itu tidak termasuk lagi kemungkinan memandu dalam keadaan mabuk sehingga kemalangan, menambah lagi beban petugas kesihatan yang sedia berat. Belum lagi kita berbicara isu penyakit seperti hepatitis dan sirosis hati akibat pengambilan arak secara berpanjangan. Itu baru sedikit daripada implikasinya.

Cuma agak terkejut dengan pendirian beberapa pihak.
1. DAP dan PKR membantah apabila DBKL menolak permohonan menganjurkan aktiviti berkenaan dengan alasan kebebasan untuk minum bagi yang bukan beragama Islam. Seperti telah disebutkan di atas, pergi sahaja ke mana-mana kedai arak dan minumlah sampai mati, jangan menyusahkan orang lain pula cukuplah. Walaupun seingat saya belajar dalam beberapa kelas perbandingan agama, alkohol dan minuman yang memabukkan ini dalam sesetengah agama selain Islam juga dilarang dan dalam sesetengah agama lain tidaklah melarang cuma boleh diambil tanpa memabukkan. Itu tidaklah begitu mengejutkan.
2. Yang lebih mengejutkan saya ialah PAN yang mengaku Parti Islam, Rahmatan Lil Alamiin slogannya juga membantah bersama yang bukan Islam. Sudah dua kali mereka mengejutkan saya dengan tindakan mereka yang begitu bersungguh-sungguh 'menjaga' hak orang bukan Islam. Pertama dengan 'insisted' mahu perkara 88 (A) dimasukkan dalam pindaan akta RUU 164. Kedua isu Better Beer ini. Sedangkan dalam isu nak menaik taraf RUU355 tidak pula bersungguh seperti ini.

Dan semalam, keluar pula satu poster untuk program yang lebih menjijikkan iaitu berkaitan dengan homoseksual. Mereka yang di atas mungkin akan pertahankan juga, kerana itu semua termasuk dalam hak kebebasan manusia, tapi bagi saya, jelas ia bukan sesuatu yang boleh ditoleransi. Satu persatu program yang melanggar syara' cuba dianjur di Malaysia atas nama kebebasan beragama, dan segala macam kebebasan namun perlu diingat Malaysia negara Islam dan saya tidak mahu diazab oleh ALLAH ta'ala atas maksiat yang kamu lakukan atau kamu bersekongkol ke atasnya.

Sesiapa juga boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan tulisan saya, cuma tidak perlu berhujah di sini. Buatlah di 'wall'  fb anda sendiri, Terima kasih

No comments: