Friday, March 9, 2012

SALAHUDDIN GEGAR PARLIAMEN PULAI

‘Kaboom'! Masya Allah! Suatu gegaran besar telah berlaku di Parlimen Pulai, Johor.

Gegaran berlaku atas lawatan Y.B. Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat ke Markas PAS Taman Dahlia/MTD Kempas. Ledakan pagi Jumaat Mac 9, 2012 bukan saja terasa di Parlimen Tebrau tapi juga di seluruh dunia; United Kingdom, U.S.A., Jordan, Mesir, di mana saja adanya penuntut Malaysia.

Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Mesir bertanya di Facebook, “Mana munkin Y.B. Salahuddin, yang kalau menang Parliamen Pulai, boleh jadi Menteri Besar Johor?”

Dunia sekarang ini tumpu perhatian ke Negeri Johor, khasnya kepada kedua calon PAS Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat.

Dr. Daeng Sanusi Meriok, Mantan Pesuruhjaya PAS Johor, sewaktu dalam tenure jawatannya 2004, pernah berkata, “Kalau roboh kubu Umno di selatan tanah air Johor Bahru dan Pulai, seluruh rejim Umno/Bn di Negara ini akan ikut roboh.” Sekarang kebenaran kenyataan beliau jelas kelihatan.

Pada hari yang sama PM DS Najib bergegas datang ke Johor Bahru. Munkin suatu ‘coincedence’ yang pelik. MB Ghani Othman kelihatan bertambah rajin melawat kawasan sehingga sampai 2 kali dalam satu bulan di sesetengah kawasan.

Rakyat Johor sudah muak dan mual dengan Isu Janji Politik: Para pemimpin UMNO/BN amat mudah mempermainkan rakyat marhain, semasa kempen mereka akan janji bahawa UMNO/BN akan bangunkan macam-macam di mana-mana tempat mereka berkempen. Tapi janji itu tunggulah 5, 10 tahun akan datang belum tentu ada. Mereka buat janji politik. Bukan atas nama kerajaan. Sebab parti kerajaan berjanji apabila mereka sudah dapat kuasa dari rakyat. Tapi para pemimpin UMNO/BN tak dapat bezakan semasa mereka punya kuasa politik dengan ketika tiada kuasa politik sama saja. Itulah dasar pemimpin gila kuasa, gila nama dan gila harta.

Kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Johor adalah “Tiang Sri kekuatan Umno” sudah tidak ‘berseri’ lagi. Mari kita tengok wajarkah Salahuddin Ayub dilantik Menteri Besar Johor?

Contoh di Gelang Patah sekarang ini ada 2 kelompok Umno. Pengikut bekas YB Bahrum Ghani sekarang ini tidak sokong YB Aziz Safian, ADUN Nusa Jaya. Mereka akan undi PR kerana tidak sealiran dengan Aziz Safian. Pengundi Cina dan bangsa lain sudah set mahu berubah PRU13 ini atas sebab tersendiri. Pengundi muda pun demikian juga. Hal ini boleh tercabut sokongan kepada ‘tiang seri Umno’ di Johor.

Orang lain pindah penempatan dibayar pampasan RM39k satu keluarga. Orang Melayu pindah penempatan ke PPRT satu sen pun tak dapat. Hal yang demikian orang Melayu sendiri akan cabut ‘tiang seri’ Umno ini.

Dr. Mansor Mohd Noor, a political analyst, noted, “Umno has always had its own value system. It is something that is not always hinged on character and integrity but on the patronage system and the person’s utility to the party. The party still has a feudal mentality.” Ini boleh mengugat kedudukan Umno Malaysia.

MCA , parti komponen BN yang Umno tulang belakangnya, hina hudud tiada sebarang reaksi dari Umno. Ahli Umno Johor marah MCA. Hilang lagi sokongan kepada ‘tiang seri’.

5 negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak jatuh kepada PR 2008. Hal ini dengan ditambah tindakan huduh Umno/Bn rampas kuasa Perak 6/2/2009 maka bertambahlah rapuhnya ‘tiang seri’ Umno.

Dato Cua Jui Meng, mantan menteri kesihatan, dilantik pengerusi PKR Johor. Beliau disokong oleh 3 bangsa Melayu, Cina dan India. Populariti beliau memudarkan serinya kepada ‘tiang seri’ Umno.

Pemimpin Umno yang rasuah, rakus, rompak khazanah rakyat, salah guna kuasa, pinda perlembagaan negara mengikut selera sendiri, terbukti boleh meroboh ‘tiang seri’ dan seluruh tiang sokongan di sekelilingnya.

Dua surat kabar Cina terpampang berita muka depan bertajuk “Johor mesti tukar yang lama kepada yang baru”. Diletakkanya dengan megah gambar bersebelahan Ghani Othaman (lama) dengan gambar Suhaizan Kaiat (baru). Yang satu lagi juga bersebelahan gambar Nur Jazlan (lama) dan Salahuddin Ayub (baru).

Sakit ‘kanser’ Umno tidak boleh diubat dan tidak ada ubat untuk mengubatnya. Atas keterangan-keterangan di atas maka WAJAR SALAHUDDIN AYUB DILANTIK MENTERI BESAR JOHOR. Tiada jalan lain lagi bagi kita rakyat Johor melainkan Umno/Bn Johor mesti ditumbangkan PRU13 ini. Takbir!

No comments: