Nama juga main peranan penting dalam hidup yang empunyanya. Ia adalah seperti doa ke hadrat Allah swt. Contoh Abdullah bererti hamba Allah. Khairuddin bererti kebaikan agama (Islam); Jamalluddin erti kecantikan agama (Islam); dsb. Di daerah pedalaman Malaysia yang tidak arif kitab-kitab agama Islam, mereka bubuh nama sebarangan sahaja. Yang pelik pernah kita dengar nama sesaorang itu seperti Bunga, Pasu, Jauh, Tinggal, dsb.
Di Parlimen Pulai, Johor, dengarnya Y.B. Salahuddin Ayub akan bertanding. Sepintas lalu, kita lihat ianya perkara biasa saja. Sesiapa boleh bertanding atas persetujuan dan arahan parti politik.
Tetapi sebenarnya kalau diteliti dengan halus, PRU 13 ini akan memberi tuah kepada Parliament Pulai. Jika PR menang di Johor dan Y.B. Salahuddin Ayub menang salah satu DUN, beliau munkin dilantik Menteri Besar. Beliau anak Johor, lahir di Tanjung Piai, Pontian. Pernah jawat Ketua Pemuda PAS Johor. Pernah jadi Ketua Pemuda PAS Pusat sehingga berundur kerana cukup umur. Wataknya pendiam, warak, berani, taat kepada ketua terutama ulamak. Oleh kerana ada persamaan, saya kira tidak salah kalau dipaparkan panglima perang Islam termasyhur yang membebaskan Baitul Muqadis (Jerusalem) dan seluruh Negara Timur Tengah dari tentera Kristian-Latin Salibiah yang termaktub dalam buku sejarah.
Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193 m.) ialah panglima perang unggul tentera Islam menentang tentera salibiah. Beliau tubuh dinasti (daulah) Ayyubi di Mesir. Salahuddin lahir di Tikrit (Iraq). Beliau dari keluarga Kurdish berhijrah dari Armenia pada 1130 m. Bapanya, Ayyub, dan bapa saudaranya, Shirquh, adalah cemerlang di Syria dalam jihad anti-salibiah pimpinan Nureddin (نور الدين). Pada ketika itu pemuda Salahuddin terkesan dengan jihad di jalan Allah swt dan alam sekitar budaya Islam kaum elit di Syria.
Penentangan kepada Kristian-Latin yang mereka bergelar “Franks” (Salibiah Pertama) adalah isu penting dalam political dan economic life di Syria dan Mesir. Selepas kewafatan Shirquh (1169), Salahuddin dilantik wazir (perdana menteri?) oleh khalifah fatimiah dan menjadi general tentera Syria di Mesir. Atas kesedaran betapa kritikalnya keadaan Mesir ketika itu yang dikelilingi tentera Franks, Salahauddin berazam mengembalikan kecermerlangan Islam ketempat asalnya. Lalu Salahuddin pada 1171 atas desakan kuat نور الدين , menamatkan khalifah fatimiah lalu mengisytiharkan Mesir kepada tradisi asalnya iaitu Al-Islamiah Al-Sunnah Wa Al-Jamaah.
Untuk perkuat Islam, Salahuddin mesti padukan Syria yang kocar di masa Nur Al-Din. Antara 1174 dan 1186 Salahuddin berjaya menguasai Damsyik dan Aleppo di Syria, Mosul dan Irbil di Iraq.
Pada September 2, 1192, termetrilah persetujuan antara Salahuddin dan King Richard di Acre (الزنكي), mengesahkan kemenangan Islam di seluruh Timur Tengah termasuk Baitul Muqadis (Jerusalem). Atas ihsan Salahuddin tentera kafir kristian yang masih hidup dibenar pulang ke negara masing-masing melalui jalan laut. King Richard diberi sebuah kapal untuk pulang ke England lalu Salahuddin berpesan, “Kamu baliklah supaya dapat menyampaikan berita sejarah dan peringatan ini kepada orang kamu.”
Lagenda Robin Hood yang berontak dalam Hutan Sherwood telah membantu King Richard kembalikan takhta DiRaja England dari adiknya King John melalui perang saudara.
(Rujukan: Encyclopedia Britannica Vol. 19, m.s. 929d).
صلاح الدين الأيوبي (يوسف بن أيوب) (532 – 589 ه / 1138 – 1193 م) : ولد في تكريت (العراق) وتوفي في دمشق. أكبر ملوك المسلمون على أيام الصليبيين. كردي الأصل. دخل مع أبيه وعمه شيركوه زنكي. تولى وزارة العاضد الفاطمي فأستولى على زمام الأمور في مصر, و قضى على الدولة الفاطمية , وخطب للعباسيين , واعترف بسلطة الخليفة في بغداد 1181 . انتصر على الزنكيين قرب حمص واحتل سورية والموصل . استولى على طبرية وهزم الإفرنج قرب حطين 1187 وأسر ملك القدس غي دي لوزينيان (King Richard The Lion Heart Of England) وفتح بيت المقدس , ثم هدنة مع الصليبيين وسالمهم .
(Rujukan: Kamus Al-Munjid, citakkan ke 41).
Maka jelas sekali nama Salahuddin Ayub adalah jadi pemberi semangat kepada dirinya dan rakyat Johor khasnya. Ia merupakan satu doa ke hadrat Allah swt supaya tabah dan istiqamah menegakkan agama Allah swt. Suhaizan Kaiat, calun DUN Kempas, adalah Ketua Pemuda PAS Johor. Beliau adalah pelapis unggul PAS Johor. Marilah sama-sama kita berdoa, berjihad, berperah peluh, walau pun bertumpah darah, bertentukan bahawa Suhaizan Kaiat dan Salahuddin Ayub menang di Pulai. Insyha Allah. Takbir!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment